SETIAP daripada kita mempunyai kecenderungan terhadap sesebuah kaum dan penganut agama.
Ini merupakan fitrah manusia, dan wujud dalam semua masyarakat, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
Namun, beliau menegaskan, kecenderungan itu bermasalah sekiranya ia menjadi bias atau prejudis.
Memberi contoh, Encik Lee berkata apabila pemilik flat itu ingin menyewakan rumahnya.
Namun, apabila ejen hartanah menerima panggilan daripada seseorang, yang bukan berbangsa Cina, pemilik itu tidak mahu menyewakannya kepada pemanggil tersebut.
Satu contoh lagi ialah dalam iklan pekerjaan yang memerlukan pemohon bertutur dalam bahasa Cina, meskipun ia tidak jelas sama ada kebolehan itu adalah satu keperluan yang tulen.
"Perkara-perkara ini berlaku di sini. Kaum minoritu amat merasakannya, kerana merekalah yang paling terjejas oleh diskriminasi kaum," ujar Encik Lee.