PEMILIK firma produk kosmetik Doll Me Up Cosmetics, Cik Nazlin Hilal, perlu menunggu beberapa bulan, malah ada kalanya lebih lama, sebelum boleh melihat pelaburannya membuahkan hasil.
Ini kerana sebelum dapat memperkenal sesebuah produk baru dalam pasaran, beliau perlu membuat pelaburan bagi menghasilkannya terlebih dahulu.