Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mahu tepis salah tanggapan mengenai sektor alam bina

Jul 08, 2021 | 05:30 AM



BAK pepatah, tak kenal maka tak cinta.



Cik Nadiah Zamree pada awalnya tidak tahu-menahu mengenai industri alam bina.



Alam bina atau built environment merujuk kepada persekitaran yang dibina oleh manusia seperti bangunan, taman dan bandar.



Namun, semester demi semester, minatnya kepada industri itu bertambah, sehingga beliau berjaya menamatkan pengajiannya di Universiti Nasional Singapura (NUS) dengan cemerlang.



Baru-baru ini, Cik Nadiah, 23 tahun, meraih ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pengurusan Projek dan Kemudahan dengan Kepujian (Cemerlang).



"Saya sebenarnya hanya tahu tentang industri pembinaan selepas saya menghadiri temu duga untuk menyertai jurusan Pengurusan Projek dan Kemudahan," kata alumni Maktab Rendah Catholic dalam aliran kesusasteraan itu.



"Ia adalah industri yang tidak ramai tahu... Jadi, saya fikir ia adalah industri yang menarik untuk saya sertai."



Cik Nadiah menyahut cabaran menceburi bidang yang baru itu dan setelah terdedah kepada pelbagai modul dalam jurusannya sepanjang empat tahun di NUS, beliau yakin bahawa industri pembinaan sesuai untuk dirinya.



Bahkan, beliau juga merupakan penerima Biasiswa Mahasiswa iBuildSG Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) sejak 2019.



Biasiswa itu diberikan kepada pelajar berkaliber tinggi yang mengikuti kursus alam bina sepenuh masa di universiti tempatan dan Akademi BCA.



Melalui biasiswa ini, siswazah dapat menikmati peluang membina kerjaya yang menarik dan bermanfaat dalam sektor alam bina.



"Saya tahu saya ingin berada dalam industri ini untuk beberapa tahun seterusnya. Daripada modul yang saya ambil, saya banyak belajar tentang apa industri ini sebenarnya... Ia lebih menarik daripada apa yang orang ramai fikirkan," jelas Cik Nadiah, sambil menambah bahawa ramai yang mempunyai salah tanggapan mengenai sektor alam bina.



"Apabila saya beritahu mereka saya belajar mengenai alam bina, mereka fikir saya belajar untuk menjadi kontraktor di tapak binaan. Tetapi, sebenarnya tugas saya lebih kepada mengendalikan kontrak binaan."



Namun, kata-kata tersebut tidak mematah semangat beliau untuk terus membentuk kerjaya dalam industri bina alam.



Tahun lalu, Cik Nadiah menjadi pelajar pelatih bersama syarikat perniagaan konsultansi global untuk sektor hartanah, infrastruktur dan sumber semula jadi, Turner & Townsend.



Beliau kemudian bekerja sambilan bersama syarikat itu dan kini memegang jawatan sepenuh masa sebagai penolong pengurus kos sejak April tahun ini.



Di luar bilik darjah, Cik Nadiah aktif dalam Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Singapura (PMIUS) dan pernah menjadi sebahagian jawatankuasa eksekutif persatuan itu selama setahun.



Beliau kini turut giat dalam kerja kemasyarakatan sebagai mentor belia kepada pelajar sekolah menengah di bawah program Mendaki.



Cik Nadiah terlibat dalam usaha ini sejak Februari tahun lalu setelah pulang daripada menjalani program pertukaran penuntut di Adelaide, Australia.



"Ketika itu, saya tidak buat apa-apa dan mahu menyumbang kembali kepada masyarakat. Jadi, saya fikir ini adalah cara terbaik untuk saya mula menyumbang kembali," katanya.



Anak sulung daripada tiga beradik perempuan itu juga menjadi ahli pertama dalam keluarganya untuk meraih segulung ijazah sarjana muda.



Cik Nadiah kini berazam mendapat kelayakan profesionalnya dalam industri alam bina dalam tempoh tiga tahun seterusnya.



Kelayakan itu akan membantu beliau bekerjasama dengan lebih ramai pihak berkepentingan dan klien, dan menjadi seorang pengurus kos kelak, menurutnya.




"Apabila saya beritahu mereka saya belajar mengenai alam bina, mereka fikir saya belajar untuk menjadi kontraktor di tapak binaan. Tetapi, sebenarnya tugas saya lebih kepada mengendalikan kontrak binaan."
- Cik Nadiah Zamree.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >