KEPUTUSAN PEPERIKSAAN GCE PERINGKAT 'A'
Mahu terus berbakti kepada seni dan masyarakat
Mar 03, 2015 | 05:30 AM
DENGAN keputusan cemerlang bagi peperiksaan peringkat 'A', Amirul Adli Rosli, pelajar aliran seni, ingin menceburi bidang kerja kemasyarakatan di Universiti Nasional Singapura (NUS) atau di luar negara jika dapat biasiswa.
Beliau meraih gred A bagi mata pelajaran Sejarah, Sastera Melayu dan Matematik (H1); gred B bagi Kertas Am (GP) dan gred C bagi Ekonomi.