Mahu terus pertingkat diri bantu ibu raih Biasiswa SkillsFuture
Dulu setakat GCE 'O', kini ada 2 diploma dan ijazah sarjana muda
Aug 02, 2019 | 05:30 AM
IMPIAN Cik Suhana Salleh untuk melanjutkan pelajarannya selepas peperiksaan peringkat GCE 'O' musnah apabila abang sulung dan ayahnya meninggal dunia.
Ini kerana meskipun beliau anak bongsu dalam tiga beradik, tetapi atas rasa tanggungjawab yang tinggi, Cik Suhana 'mengorbankan' hajat belajar lagi demi menjadi pencari nafkah utama keluarganya.