Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mahu tolong pelajar baru kerana lebih peka kenal pasti masalah

Dec 16, 2018 | 05:30 AM



CIK Izzah Irsalinah Jumahat mengakui beliau menghadapi kesukaran dalam peralihannya daripada pengajian di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) kepada politeknik, terutama sekali dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran, teman, dan subjek baru.



Pelajar tahun kedua jurusan Kesejahteraan, Hospitaliti dan Pengurusan Perniagaan di Politeknik Republic itu masih ingat bagaimana kehadiran mentornya membantu dalam mengatasi masalah yang dihadapinya.



Lantaran itu, beliau berazam membantu pelajar lain yang baru memulakan perjalanan di politeknik bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran baru itu.



"Kali pertama saya menjejakkan kaki ke politeknik, saya rasa begitu keliru kerana ia merupakan persekitaran yang jauh beza berbanding ITE dahulu dan saya berasa agak tertekan.



"Oleh itu, saya tidak ingin pelajar lain merasakan perkara yang sama dan akan cuba memberikan 'panduan' melalui pengalaman sendiri dengan harapan dapat membantu mereka," katanya yang bercita-cita memulakan kerjaya dalam sektor psikologi atau kesihatan mental setelah tamat pengajian nanti.



Walaupun ingin membantu, Cik Izzah, 19 tahun, berasa malu dan kekok kerana tidak tahu cara terbaik berinteraksi atau mendekati mereka yang mungkin menghadapi masalah.



Katanya, Program Sokongan Rakan Sebaya, atau Peer Support Programme, yang ditawar Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) melatihya agar berasa yakin.



"Saya mempelajari cara terbaik mendekati mereka yang mungkin menghadapi masalah menyesuaikan diri dan juga bagaimana membina kepercayaan dengan berkongsi kisah tentang diri saya dan masalah yang saya pernah hadapi sebelum ini. Ini supaya mereka berasa yakin dan boleh berkongsi masalah mereka juga," katanya.



Melalui latihan program selama beberapa minggu itu juga, Cik Izzah kini lebih peka dalam mengenal pasti teman yang mungkin menghadapi sebarang masalah.



Kini, Cik Izzah biasanya mengadakan sesi perkongsian kumpulan dengan pelajar tahun pertama dengan beliau menceritakan pengalaman yang pernah dilaluinya.



Katanya:



"Saya suka melihat teman saya bersikap positif oleh itu saya juga akan cuba menunjukkan sikap positif.



"Saya juga berasa puas dan gembira apabila saya dapat membantu orang lain, dan ini mendorong saya terus berusaha untuk membantu."




"Kali pertama saya menjejakkan kaki ke politeknik, saya rasa begitu keliru kerana ia merupakan persekitaran yang jauh beza berbanding ITE dahulu dan saya berasa agak tertekan. Oleh itu, saya tidak ingin pelajar lain merasakan perkara yang sama dan akan cuba memberikan 'panduan' melalui pengalaman sendiri dengan harapan dapat membantu mereka."
- Cik Izzah Irsalinah Jumahat, pelajar tahun kedua jurusan Kesejahteraan, Hospitaliti dan Pengurusan Perniagaan di Politeknik Republic.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >