Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mahu ubah stereotaip penghapus haiwan perosak 'pekerjaan kotor'

Dec 24, 2020 | 05:30 AM



Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) memberi penghargaan atas sumbangan dan komitmen luar biasa tenaga kerja dalam sektor Perkhidmatan Alam Sekitar (ES) tahun ini. Seramai 27 individu diiktrafkan dengan Anugerah Bintang ES dan lagi 350 pekerja menerima sijil tahniah sebagai sebahagian daripada Hari Tenaga Kerja ES tahunan. BERITA HARIAN mewawancara dua individu yang menerima Anugerah Bintang ES.Ikuti laporan berikut.




APABILA bercakap mengenai perkhidmatan pengurusan haiwan perosak, ramai yang menganggapnya sebagai 'pekerjaan kotor'.



Setelah berkecimpung dalam industri tersebut selama lebih 15 tahun, Encik Azlam Shah Alias mahu menghapuskan sterotaip dengan semangatnya untuk berkhidmat kepada masyarakat di barisan hadapan dalam industrinya.



Setelah belasan tahun berkecimpung dalam bidang pengawalan haiwan perosak, Encik Azlam memulakan syarikat kecil dan sederhana (SME) dua tahun lalu.



Pengasas dan pengarah AZantz Services Pte Ltd itu berharap dapat terus memberi inspirasi dan motivasi kepada para pekerja supaya berasa bangga bekerja sebagai profesional dalam industri itu.



Meskipun kadangkala kerjanya kelihatan mudah, Encik Azlam, 42 tahun, menjelaskan bahawa ia agak sukar dan memerlukan pengetahuan tertentu.



Kini, syarikat yang mempunyai 14 pekerja sepenuh masa itu menawarkan perkhidmatan berlainan seperti pembasmian kuman, kerja pengabutan serta pengawasan tikus.



"Ada yang memandang rendah terhadap kami yang bekerja dalam industri ini.



"Ada yang melihat kami menyembur bahan kimia ketika kami menjalankan tugas kami di kawasan perumahan mereka dan berpendapat ia satu kerja senang.



"Tetapi apa yang mereka tidak tahu ialah saya dan kakitangan saya banyak menjalani kursus dan seminar untuk mempelajari cara betul menghapuskan haiwan perosak untuk melindungi masyarakat kita," ujarnya ketika dihubungi Berita Harian.



Beliau merupakan antara 27 penerima Anugerah Bintang Perkhidmatan Alam Sekitar dalam sektor perkhidmatan pengurusan haiwan perosak.



Encik Azlam berkata beliau tidak sangka terpilih untuk menerima anugerah tersebut.



"Saya sangat berbesar hati atas pengiktirafan ini.



"Sudah lama saya bekerja dalam industri dan ini adalah pertama kali saya telah mendapat penghargaan di Singapura.



"Sebelum ini antara penghargaan yang saya dapat adalah dari luar negara. Jadi saya gembira diiktirif di negara sendiri atas sumbangan kepada masyarakat," kata Encik Azlam yang sering ke negara serantau untuk mengendalikan program latihan dalam industri ini.



Bapa lima anak itu berharap beliau dapat menunjukkan kepada anak-anaknya bahawa industri itu adalah antara bidang penting bukan hanya di Singapura, malah di seluruh dunia.



"Alhamdulillah, sekarang saya rasa anak-anak saya agak bangga dengan kerjaya saya. Mereka sering memberitahu guru atau rakan mereka di sekolah bahawa saya menangkap ular atau pun menghentikan pembiakan nyamuk.



"Saya hanya menyahut panggilan menjadi seorang profesional dalam bidang ini.



"Lebih-lebih lagi dengan keadaan Covid-19, kerja saya semakin penting untuk mencegah dan melindungi masyarakat daripada terkena penyakit lain," jelasnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >