Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Main dam isi masa, uji minda sambil erat persahabatan

Jul 16, 2019 | 05:30 AM



ENCIK Samad Abdul Ghani seronok bermain dam dengan rakan-rakan sebaya setiap kali beliau memenemui mereka di kolong blok berdekatan dengan rumahnya di Bedok Reservoir Road.



Selain mengisi masa terluang, beliau juga dapat mengasah kemahiran dan menajamkan fikiran yang biasanya beransur-ansur tumpul apabila usia merangkak senja.



"Main dam ini perlu tumpuan sepenuhnya. Kita perlu fikir sebelum menggerakkan buah dam dan kita juga perlu fikir apa langkah yang bakal dibuat oleh pihak lawan.



"Di sinilah perlunya ketajaman fikiran! Silap langkah, buah dam kita kena makan bukan satu tetapi tiga biji,'' tambah pesara tiga anak dan seorang cucu itu ketika ditemui sedang mengatur buah-buah dam di kolong Blok 146 Bedok Reservoir Road.



Rakannya, juga kaki dam, Encik Hamid Ali, 63 tahun, yang tinggal berdekatan, terpaksa beredar untuk membeli barang-barang keperluan dapur setelah menghabiskan lebih sejam di papan dam bersamanya.



Di meja bersebelahan, dua lelaki warga senja juga sedang asyik bermain dam dengan disaksikan oleh beberapa rakan mereka.



"Yang main ini semua old timers atau orang lama yang pandai bermain dam. Dia orang relaks dan satu suara pun tak dengar kerana mereka sedang berjuang di papan dam. Mereka tak suka orang buat bising kerana ini boleh mengganggu strategi dan tumpuan mereka,'' kata Encik Hamid sebelum berlalu pergi.



Menurutnya, ramai warga tua - tidak kira bangsa - yang turun dari flat masing-masing untuk bermain dam terutamanya pada tengah hari dan petang, sesuatu yang telah mereka lakukan di situ sejak tiga atau empat tahun lalu.



Encik Samad, 56 tahun, menyatakan kegiatan bermain dam di kolong blok tersebut tidak menimbulkan masalah kerana mereka tidak membuat bising.



Mereka bermain dam sekadar suka-suka sambil menghirup secangkir dua teh atau kopi yang dibeli daripada kedai kopi berdekatan.



"Dah tua-tua ni... kita perlu kawan dan di kolong blok inilah tempat kami bertemu, bermain dam dan bersembang.



"Lagi pun tak banyak benda dan aktiviti boleh kita buat bila dah usia senja,'' tambahnya.



Selain kolong blok di Bedok Reservoir itu, terdapat beberapa lagi port kaki dam di sini termasuk di kolong Blok 179 Toa Payoh Central.



Kolong blok di Toa Payoh itu menjadi pusat kegiatan bermain dam dalam kalangan warga senja - kesemuanya keturunan Cina - sejak lebih 30 tahun lalu.



Ketika dikunjungi baru-baru ini, sekitar 30 warga senja - berusia antara 50-an dengan 70-an tahun - dilihat berada di kolong blok yang terletak dekat Perpustakaan Toa Payoh itu.



Salah seorang daripada mereka, yang hanya ingin dikenali sebagai Encik Hwang, 66 tahun, menyatakan kebanyakan pemain dam merupakan penduduk yang tinggal di sekitar Toa Payoh.



"Di sinilah kami bertemu, bersembang dan main dam untuk mengisi masa dan menguji kepintaran bermain dam. Tiada taruhan... sekadar suka-suka. Nasib baik ada tempat ini jika tidak kami hanya terperuk di rumah.



"Kami duduk di sini berjam-jam... kami bergilir-gilir main dan bila lapar kami pergi makan di kedai kopi berdekatan dan kembali lagi ke sini.



"Ini semua pemain dam tetap dan ada juga yang datang dari luar kerana dah jadi kawan bila selalu ke sini,'' tambah ayah tiga anak dan pesara kerani firma logistik itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >