Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majalah mengenai budaya masyarakat Melayu dilancar

Aug 25, 2018 | 04:10 PM



SATU majalah yang mengandungi artikel mengenai kebudayaan masyarakat Melayu yang disumbang oleh pakar dan cendekiawan dalam pelbagai bidang dilancarkan dalam satu majlis di Perpustakaan Toa Payoh hari ini (25 Ogos).



Diterbit oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS), Sekata – Jurnal Bahasa dan Persuratan dilancarkan Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan) Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.



Majalah itu mengandungi sembilan artikel yang membincangkan topik, antaranya dalam bidang bahasa dan ilmu kedoktoran.



Sebagai contoh, artikel bertajuk ‘Perbidanan Melayu: Sandaran Budaya dan Ilmu Kedoktoran’ oleh pakar perbidanan dan sakit puan, Dr Jazlan Joosoph, menceritakan tentang amalan perbidanan dalam budaya Melayu seperti lenggang perut dan berbengkung, dan sama ada amalan tersebut mempunyai manfaat yang jelas.



Mengulas lanjut, ketua editor majalah itu, Encik Suratman Markasan, berkata kebudayaan biasanya dikaitkan dengan kesenian, namun terdapat enam perkara lain yang juga dikaitkan dengan kebudayaan iaitu kehidupan sosial, politik, ekonomi, pendidikan, falsafah dan agama.



“Kami minta mereka (penulis) untuk tampil menulis... jadi ilmu yang mereka ada itu dapat disebarkan,” kata beliau.



Turut diadakan di majlis pelancaran itu ialah forum bertajuk “Pupuskah Tabiat Membaca dalam Masyarakat Kita?”.



Panel forum itu terdiri daripada pendidik, Cikgu Djohan Abdul Rahman; pustakawan, Encik Herman Rothman; dan wartawan, Cik Nurul 'Ain Razali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >