Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majikan akan dapat $145j pembayaran terakhir JSS

Diberi kepada lebih 19,500 majikan bagi sokong gaji lebih 289,500 pekerja SG
JSS
Mar 30, 2022 | 05:30 AM



PEMBAYARAN kepada syarikat-syarikat bagi membantu menyelamatkan pekerjaan semasa pandemik Covid-19 akan berjumlah lebih $28.1 bilion, selepas pembayaran terakhir Skim Bantuan Pekerjaan (JSS) dibuat mulai esok.



Pembayaran terakhir itu berjumlah lebih $145 juta dan akan diberi kepada lebih 19,500 majikan bagi membantu pembayaran gaji lebih 289,500 pekerja Singapura.



Ini merangkumi majikan dalam sektor seperti perkhidmatan makanan, yang terjejas oleh langkah pengurusan keselamatan pada separuh kedua tahun lalu.



JSS dianggarkan telah menyelamatkan 165,000 pekerjaan tempatan dari Mac hingga Disember 2020 dan membantu menyokong gaji pekerja tempatan, menurut satu kenyataan bersama Kementerian Kewangan (MOF), Enterprise Singapore (ESG) dan Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras) semalam.



Pembayaran Mac tahun ini akan merangkumi bayaran gaji November hingga Disember tahun lalu.



Syarikat yang telah membuat caruman Tabung Simpanan Pekerja (CPF) wajb bagi pekerja tempatan mereka bagi dua bulan itu, sebelum tarikh akhir yang ditetapkan, layak menerima pembayaran tersebut.



Majikan yang layak itu akan dimaklumkan mengenai jumlah yang bakal mereka terima akhir bulan ini.



Untuk layak mendapat pembayaran JSS dipertingkat ini, majikan perlu berada dalam sektor yang sudah ditentukan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan.



Contohnya, syarikat dalam sektor perkhidmatan makanan harus mempunyai lesen sah daripada Agensi Makanan Singapura (SFA), dan berdaftar di bawah kod 56 atau 68104 Klasifikasi Perindustrian Piawaian Singapura (SSIC).



Kod itu bermakna mereka didaftar sebagai pengendali perkhidmatan makanan, termasuk pusat penjaja, kedai kopi dan kantin.



Namun, ESG dan MOF telah meluaskan JSS dipertingkat ini kepada pertubuhan lain yang mempunyai lesen makanan sah, meskipun mereka tidak mempunyai kod SSIC.



"Ini mengandaikan, berdasarkan pengalaman sebelum ini, bahawa entiti-entiti ini merupakan pegerai yang menawarkan perkhidmatan makanan, justeru mereka layak menerima JSS, meskipun tidak mempunyai kod SSIC relevan," kata kenyataan bersama itu.



"Pada masa itu, kami membuat pembayaran tersebut untuk memastikan pengagihan dana dilakukan dengan pantas kepada semua entiti yang terjejas.



"Namun, selepas itu kami telah memeriksa pada Januari 2022 dan mendapati bahawa andaian tersebut silap bagi 38 entiti, dan ini termasuk kesatuan sekerja, kelab, persatuan dan pertubuhan keagamaan."



Kenyataan itu menambah bahawa pertubuhan seperti itu mempunyai lesen makanan untuk mengendalikan kantin kecil, contohnya, namun tidak tergolong dalam perniagaan perkhidmat makanan.



Pertubuhan itu telah dimaklumkan dan telah memberi komitmen akan memulangkan lebih $32,2 juta, katanya.



Sementara itu, terdapat syarikat yang tidak mempunyai kod SSIC relevan dan justeru tidak menerima pembayaran JSS, namun sebenarnya sebahagian besar pendapatan mereka datang daripada khidmat makanan.



Entiti-entiti ini mungkin bermula dari industri berbeza sebelum beralih kepada perkhidmatan makanan dan belum mengemas kini kod mereka, contohnya.



Syarikat-syarikat tersebut boleh membuat permohonan yang akan dipertimbang berdasarkan kes masing-masing, menurut agensi-agensi itu.



Perniagaan mempunyai pertanyaan berkaitan isu ini boleh menghantar e-mel kepada jss_fs@enterprisesg.gov.sg.



Di samping itu, agensi tersebut berkata majikan mesti telah menyumbang caruman CPF yang betul untuk pekerja mereka berdasarkan gaji sebenar yang dibayar, kerana caruman CPF majikan digunakan bagi menentukan jumlah pembayaran JSS.



Kira-kira $5 juta pembayaran untuk Mac 2022 ditahan daripada 292 majikan, sementara menunggu semakan dan penyerahan dokumen sokongan mereka kepada Iras bagi membuktikan kelayakan mereka.



"Majikan akan menerima pembayaran mereka sebaik sahaja Iras mengesahkan ketulenan dan ketepatan maklumat yang dikemukakan.



"Pembayaran mereka akan diselaraskan atau tidak diberi jika ada isu ditemui semasa semakan," kata agensi itu.



"Hukuman bagi sebarang percubaan menyalah guna JSS adalah berat."



Selain daripada ditolak pembayaran, pesalah boleh dikenakan penjara sehingga 10 tahun dan denda. Selain daripada ditolak pembayaran, pesalah boleh dikenakan penjara sehingga 10 tahun dan denda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >