Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majikan arah amah mandi depannya dijel lebih 15 bulan

Aug 18, 2021 | 05:30 AM



SEORANG suri rumah yang memaksa pembantu rumahnya, seorang warga Indonesia, mandi dengan pintu bilik mandi terbuka dan memakai baju di depan tingkap terbuka dihukum penjara 15 bulan dan dua minggu semalam.



Rosdiana Abdul Rahim, sekarang 33 tahun, juga diperintah membayar mangsa, Cik Mayang Sari, $2,500 dalam bentuk pampasan.



Usia pembantu rumah itu tidak dinyatakan dalam dokumen mahkamah.



Rosdiana, seorang warga Singapura ibu pasangan kembar sembilan tahun, dikehendaki menghabiskan tambahan 11 hari dalam penjara jika dia tidak dapat membayar wang pampasan tersebut.



Rosdiana sebelum ini menuntut dibicarakan bagi tujuh tuduhan yang dihadapinya.



Bulan lalu, Hakim Daerah Salina Ishak mendapati dia bersalah bagi enam tuduhan itu, termasuk menyebabkan kecederaan secara sengaja ke atas Cik Mayang dan mencabul kehormatannya.



Dia dibebaskan daripada tuduhan ketujuh - iaitu menarik baju dan coli pembantu rumah itu - kerana hakim tidak berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah membuktikannya melebihi keraguan munasabah.



Pada November 2017, Cik Mayang disuruh mandi di hadapan Rosdiana.



Selepas beliau mandi, Rosdiana menyuruhnya menyalin baju dalam bilik utama dengan tingkapnya terbuka.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Angela Ang berkata: "Mangsa teringat ternampak orang di luar tingkat dan agak prihatin mereka dapat melihatnya."



DPP Ang juga menggesa mahkamah sebelum ini supaya mengenakan hukuman penjara 28 bulan, sambil menekankan bahawa tindakan penderaan itu "merendahkan maruah" dan "menjatuhkan martabat."



Peguam bela S. S. Dhillon menyatakan dalam mitigasi bahawa anak guamnya "mengalami kemurungan."



Peguam daripada firm guaman Dhillon & Panoo itu menambah: "Kebimbangan yang dialaminya daripada penangkapannya, siasatan polis dan kemunculan di mahkamah memeranjatkan Diana... (Dia) juga akan menghargai sebarang peluang kedua yang diberi kepadanya dan tidak akan mensia-siakannya."



Mahkamah mendengar semalam bahawa Rosdiana ingin mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan hukumannya. Ikat jaminnya ialah $10,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >