Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majikan dapat bayaran Skim Kredit Gaji Mac 2022

Dec 17, 2021 | 07:07 PM



MAJIKAN yang layak akan menerima pembayaran Skim Kredit Gaji (WCS) yang seterusnya pada Mac tahun depan sebagai sebahagian usaha pemerintah menyokong perniagaan dalam transformasi dan berkongsi keuntungan produktiviti bersama pekerja.



Untuk layak bagi skim itu, mereka perlu membayar sumbangan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) mandatori bagi gaji tahun ini untuk kakitangan mereka yang layak kepada Lembaga CPF menjelang 14 Januari, kata Kementerian Kewangan (MOF) dan Penguasa Hasil Mahsul Dalam Negeri Singapura (Iras) semalam.



Kakitangan rakyat Singapura yang menerima sumbangan CPF, termasuk kakitangan bekerja sepenuh masa, kakitangan sambilan, dan kakitangan yang dibayar kadar gaji setiap jam, diliputi WCS.



Lebih $2 bilion dalam kredit gaji telah diagihkan kepada majikan semasa pandemik ini sejauh ini, kata pihak berkuasa.



Untuk layak bagi pembayaran akan datang, majikan mesti telah memberikan kakitangan rakyat Singapura, yang meraih gaji bulanan kasar sehingga $5,000, kenaikan gaji sekurang-kurangnya $50 tahun ini, dan/atau mengekalkan kenaikan gaji (sekurang-kurangnya $50) yang sebelum ini diberikan kepada kakitangan pada 2019 dan/atau tahun lalu.



Pembayaran pada Mac akan dimasukkan secara langsung ke akaun bank yang didaftar majikan melalui PayNow Corporate atau Giro.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >