Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIDANG MEDIA PASUKAN BERTINDAK BERBILANG KEMENTERIAN (MTF) BAGI COVID-19

Majikan digalak kekal aturan kerja fleksibel

MOM
Apr 23, 2022 | 05:30 AM



MAJIKAN sangat digalak terus menawarkan Aturan Kerja Fleksibel (FWA) buat pekerja dan menggalak FWA sebagai ciri tetap di tempat kerja.



Ini kerana FWA membantu pekerja mencapai keharmonian tempat kerja lebih baik dan menggalak tenaga kerja lebih terlibat dan berdaya penghasilan, lantas memberi manfaat buat majikan.



Demikian menurut satu kenyataan bersama tiga pihak Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (Snef) semalam. Ia dikeluarkan sejajar dengan pengumuman terkini pasukan bertindak berbilang kementerian mengenai Covid-19 pada sidang media semalam.



Menurut kenyataan itu, majikan yang menawarkan FWA turut meraih manfaat daripada tarikan dan pengekalan bakat. Sebagai tambahan, majikan berpeluang menukik daripada kelompok tenaga kerja lebih besar seperti pengasuh dan warga emas yang jika tidak diberi fleksibiliti ini tidak mungkin dapat kekal bekerja atau menyertai tenaga kerja.



"Bagi memastikan keberkesanan dan kemampanan operasi jangka panjang, majikan harus secara tetap mendekati pekerja mereka dalam menentukan jika FWA adalah yang terbaik bagi memenuhi keperluan perniagaan dan keperluan pekerjaan-kehidupan," tambah kenyataan itu.



Tiga pihak ini akur FWA telah memperkukuh kebingkasan tempat kerja sewaktu pandemik Covid-19. Amalan seperti bekerja dari rumah dan masa kerja berperingkat lebih ketara dengan majikan dan pekerja mengenal pasti manfaat FWA, tambah kenyataan itu.



Secara global, majikan juga kian mengamalkan FWA sebagai sebahagian budaya kerja akan datang.



Dalam menggalak majikan dan pekerja bersandarkan FWA yang mampan sebagai ciri tetap utama dalam tempat kerja, tiga pihak itu mengusulkan majikan terus berusaha memberi fleksibiliti bagi pekerja. Ini termasuk dalam membentuk semula pekerjaan apabila perlu sambil mempertimbang keperluan perniagaan.



Menurut kenyataan itu lagi, pekerja harus menggunakan FWA secara bertanggungjawab dan memastikan daya penghasilan berterusan. Kepercayaan juga harus dikekalkan antara majikan dan pekerja menerusi komunikasi tetap dan terbuka bagi membincangkan FWA.



Tiga pihak ini juga menggalak majikan membenarkan pekerja bertugas dari rumah sebagai sebahagian FWA tetap meskipun lebih ramai pekerja kini boleh kembali ke tempat kerja.



Antara lain, majikan mungkin boleh meminta pekerja datang ke pejabat untuk mesyuarat dan sesi membangun kerjasama sepasukan sementara bekerja dari rumah dibenarkan bagi tugasan tidak memerlukan mereka ke pejabat.



FWA lain, seperti masa dan beban kerja lebih fleksibel, juga penting kerana tidak semua pekerja, misalnya pekerja barisan depan, dapat bekerja dari rumah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >