Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majikan, kakitangan beza pandangan mengenai aturan kerja fleksibel

Aug 29, 2023 | 02:15 PM



Apabila bercakap tentang sistem aturan kerja fleksibel di Singapura, terdapat ketidaksepadanan antara apa yang majikan sediakan dengan apa yang kakitangan sebenarnya inginkan atau alami.

Satu laporan yang dikeluarkan pada Selasa menyatakan 83 peratus kakitangan Singapura fikir bahawa tempat kerja mereka menyokong aturan kerja fleksibel sementara hanya 61 peratus majikan rasa sebegitu.

“Ini menunjukkan bahawa pemahaman majikan berhubung fleksibiliti tidak sama dengan pekerja,” kata laporan oleh wadah carian pekerjaan, Indeed.

Ia menambah: “Adalah penting bagi pertubuhan mengambil kira kemahuan kakitangan dan mencari jalan untuk menawarkan aturan fleksibel yang sesuai, terutama buat mereka yang menganggapnya penting.”

Sektor runcit mempunyai jurang terbesar antara pandangan majikan dengan kakitangan, dengan hanya 42 peratus kakitangan percaya bahawa mereka mempunyai fleksibiliti berbanding 80 peratus majikan mendakwa mereka menyediakan aturan kerja fleksibel.

Industri kewangan mempunyai pandangan majikan dan kakitangan yang paling sejajar dengan 73 peratus kakitangan fikir mereka mempunyai fleksibiliti dan 78 peratus majikan rasa mereka menawarkannya.

Pengurus negara ManpowerGroup Singapore, Cik Linda Teo, berkata bahawa pandangan berlainan itu adalah kerana majikan dan kakitangan mempunyai pemahaman berbeza tentang fleksibiliti di tempat kerja.

“Majikan melihat fleksibiliti daripada perspektif individu yang kadangkala tidak selaras dengan matlamat pertubuhan,” kata Cik Teo.

“Ada ketika majikan mencipta Pengaturan Kerja Fleksibel (FWA) tanpa berunding dengan kakitangan mereka. Hasilnya, FWA itu kelihatan baik di kertas tetapi gagal menangani keperluan penting kakitangan mereka.”

Laporan kajian yang bakal dibentangkan di acara industri, Indeed FutureWorks Singapore, pada Khamis ini, mendedahkan bahawa 85 peratus kakitangan di Singapura inginkan fleksibiliti di tempat kerja – lebih tinggi daripada kakitangan sejagat secara purata sebanyak 66 peratus.

Ia juga mendapati bahawa sepertiga kakitangan akan menimbangkan untuk meninggalkan pekerjaan mereka jika aturan kerja fleksibel mereka dibatalkan.

Kajian itu, yang dikendalikan oleh syarikat analisis data Valuvox bagi pihak Indeed, meninjau 1,223 kakitangan dan 607 majikan pada Jun 2023.

Kakitangan tersebut berusia antara 18 dengan 68 tahun daripada pelbagai industri seperti runcit, teknologi, penjagaan kesihatan, kewangan dan hospitaliti.

Syarikat tersebut terdiri daripada syarikat besar dengan ibu pejabat di Singapura, syarikat antarabangsa, syarikat kecil dan sederhana serta syarikat pemula.

Tinjauan itu menunjukkan bahawa aturan kerja fleksibel pilihan utama dalam kalangan kakitangan adalah bekerja secara hibrid, membolehkan kakitangan meluangkan sebahagian dari masa mereka di pejabat dan bekerja di rumah.

Waktu kerja fleksibel menduduki tempat kedua, disusuli dengan kerja selama empat hari seminggu dan bekerja fleksibel dari tempat lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >