SYARIKAT, Crossinvest Asia, berkata ekspatriat dari Britain, Encik Anton Casey, yang menghina pengguna pengangkutan awam di sini, bukan lagi pekerjanya - sekitar sehari selepas Encik Casey dilaporkan meninggalkan Singapura.
Dalam satu kenyataan di laman Facebooknya malam kelmarin, syarikat pengurusan kemewahan itu berkata ia amat prihatin komen yang dibuat Encik Casey di media sosial baru-baru itu telah mengganggu rakyat Singapura.