Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majikan pegang tiga prinsip asas berkaitan pekerjaan

Galak hubungan positif di tempat kerja, amal pengambilan saksama pekerja dan sediakan peluang perkembangan
Jan 20, 2021 | 05:30 AM



PERSATUAN perdagangan dan dewan perniagaan (TAC) menggesa syarikat anggota mereka agar "kekal komited terhadap usaha merekrut calon wajar secara adil berdasarkan merit".



Ini setelah 29 TAC melahirkan ikrar sokongan terhadap pengambilan pekerja dan amalan pekerjaan saksama, menurut satu kenyataan bersama yang dikeluarkan Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) semalam.



Mereka menambah bahawa ini sejajar dengan Rangka Kerja Pertimbangan Adil dan Garis Panduan Tiga Pihak bagi Amalan Pengambilan Kerja Progresif, yang menggariskan komitmen majikan bagi membangunkan "asas pekerja Singapura yang kukuh".



Dua puluh sembilan TAC itu mewakili syarikat berbilang negara (MNC), perniagaan tempatan besar dan syarikat kecil dan sederhana (SME), termasuk Persatuan SME (ASME) dan Persatuan Bank Singapura (ABS).



Menurut kenyataan bersama itu, TAC tersebut berkata mereka memegang pada tiga prinsip asas, iaitu menggalak hubungan positif di tempat kerja, mengamalkan pengambilan kerja saksama, dan menyediakan peluang perkembangan.



Mengenai hubungan positif di tempat kerja, mereka berkata: "Pekerjaan adalah kerjasama antara majikan dan pekerja, dalam kalangan pekerja dan pasukan kerja di Singapura dan negara lain.



"Kepelbagaian pekerja penting bagi perniagaan memupuk inovasi, kreativiti dan idea inklusif dan merangsang kerja berpasukan berkesan dan pertumbuhan perniagaan."



Dalam hal ini, majikan perlu mengambil langkah pertama untuk membina dan mengekalkan sekitaran tempat kerja positif bagi semua pekerja, tambah mereka.



"Ini termasuk satu sekitaran yang merai kepelbagaian dan individu dihormati, dilatih dan dibangunkan berdasarkan peluang saksama," kata kenyataan itu.



Dalam pada itu, pekerja akan perlu bekerjasama dengan majikan dalam membina dan mengekalkan sekitaran tempat kerja positif dengan "membawa sikap positif ke tempat kerja setiap hari".



Kedua, mengenai amalan pengambilan pekerja secara saksama, majikan harus mengambil calon terbaik bagi setiap pekerjaan berdasarkan merit, ujar mereka.



"Calon boleh terdiri daripada pekerja berkelayakan dalam syarikat, calon luaran yang berpangkalan di Singapura atau calon antarabangsa jika tiada calon tempatan sesuai," tambah mereka.



Majikan juga harus memastikan terdapat kepelbagaian dalam kalangan bakat global yang diambil bekerja untuk "mengetengahkan perspektif terbaik, pengalaman dan sokongan bagi kejayaan jangka panjang.



"Dengan berbuat demikian ia akan menggalak penyatuan inklusif, ekuiti dan pembangunan keupayaan dalam kalangan pekerja," ujar TAC itu.



Akhir sekali, majikan harus menyokong pembelajaran dan pembangunan pekerja agar mereka meraih kemahiran relevan dan nilai-nilai untuk melakukan pekerjaan dan dipertimbang bagi kedudukan kepimpinan bagi masa depan, kata TAC itu.



Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing, mengulas tentang ikrar tersebut dalam satu pos Facebook berkata:



"Saya tahu ramai pekerja gelisah tentang pekerjaan mereka di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi sekarang.



"Di tengah-tengah masa tidak menentu, komitmen TAC terhadap pengambilan pekerja dan amalan pekerjaan adil memberi keyakinan semula yang tepat pada waktunya kepada pekerja kita."




SEKILAS IKRAR SOKONGAN TAC



GALAK HUBUNGAN POSITIF DI TEMPAT KERJA



  • pekerjaan adalah kerjasama antara majikan dan pekerja, dalam kalangan pekerja dan pasukan kerja di Singapura dan negara lain

  • kepelbagaian pekerja penting bagi memupuk inovasi, kreativiti dan idea inklusif dan merangsang kerja berpasukan berkesan dan pertumbuhan perniagaan

  • majikan perlu mengambil langkah pertama untuk membina dan mengekalkan sekitaran tempat kerja positif bagi semua pekerja

AMAL PENGAMBILAN KERJA SAKSAMA



  • majikan harus mengambil calon terbaik bagi setiap pekerjaan berdasarkan merit

  • majikan perlu memastikan terdapat kepelbagaian dalam bakat global yang digajikan

SEDIAKAN PELUANG PERKEMBANGAN



  • majikan harus menyokong pembelajaran dan pembangunan pekerja agar mereka meraih kemahiran relevan dan nilai-nilai bagi melakukan pekerjaan dan dipertimbangkan bagi kedudukan kepimpinan untuk bagi masa depan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >