Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majikan, pelanggan harus main peranan tingkat hidup pekerja gaji rendah

Sep 06, 2021 | 05:30 AM



MESKIPUN kenaikan gaji dalam sektor makanan dan minuman (F&B) dan runcit boleh menyebabkan harga meningkat, majikan dan pelanggan harus memainkan peranan mereka untuk membantu meningkatkan kehidupan pekerja bergaji rendah, kata Pengarah Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Cik Yeo Wan Ling.



Cik Yeo berkata demikian sewaktu sidang media sebelum mengedarkan pakej penjagaan kepada pekerja pembersihan, runcit serta F&B di sekitar kawasan Punggol Shore semalam.



Menekankan kepentingan pendekatan seluruh masyarakat dalam membantu untuk menerapkan Model Gaji Progresif (PWM) bagi kedua-dua sektor runcit dan F&B, Cik Yeo menggesa masyarakat untuk terus menyokong pekerja setempat yang berhadapan dengan masalah tenaga kerja dengan waktu kerja yang lebih lama dan beban tugas yang perlu dilalui sepanjang pandemik ini.



"Kami berharap sebagai masyarakat yang penyayang dan baik hati, pelanggan juga dapat membantu kami meningkatkan kehidupan sesama warga Singapura," tambahnya yang juga penasihat akar umbi GRC Pasir-Ris-Punggol



Sebanyak 2,300 pakej penjagaan diberikan oleh kakitangan NTUC dan sukarelawan Punggol Shore sewaktu pengagihan yang dilakukan selama dua hari.



Sebanyak 100 pakej telah diagihkan pada 29 Ogos lalu kepada pekerja pembersihan dalam masyarakat, sementara baki pakej itu diberikan kepada pekerja runcit dan F&B di sekitar perumahan Oasis Terraces, Punggol Place dan Tebing Lane semalam.



Setiap pakej penjagaan merangkumi lima jenis makanan ringan dan paket teh kekwa.



Usaha pengagihan itu merupakan sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-60 NTUC dan ia dijayakan oleh unit syarikat kecil dan sederhana NTUC (NTUC U SME) serta Unit Wanita dan Keluarga (WAF) NTUC.



Mengulas tentang daya usaha itu, Cik Yeo berkata: "Pekerja penting kami perlu menambah waktu tugas sepanjang pandemik ini, dengan pekerja pembersihan memastikan tempat awam kami kekal bersih dan sering dinyahjangkit, serta pekerja kedai perlu terus beroperasi sambil berdepan dengan risiko dijangkiti.



"Walaupun gerakan buruh akan terus berusaha memperluaskan lagi perlindungan dan meningkatkan kehidupan pekerja penting kami, kami juga ingin memberikan sokongan kepada mereka apabila diberi kesempatan. Tidak akan mencukupi perhatian dan pengiktirafan buat pahlawan masyarakat ini."



Ketua sumber manusia Kumpulan Koufu, Cik Lilian Liong berkata sekitar 99 peratus pekerja mereka menerima gaji sekurang-kurangnya $1,400 sebulan sejak syarikat itu menerapkan model gaji baru.



Ini bermakna kenaikan gaji sebanyak 7 hingga 8 peratus, tambah beliau.



Pada Mac tahun ini, pemerintah mengumumkan bahawa PWM akan diperluaskan untuk membantu sehingga 218,000 pekerja, termasuk mereka dari sektor pengurusan sampah, runcit dan perkhidmatan makanan.



Dalam Rapat Umum Hari Kebangsaan pada 29 Ogos lalu, Perdana Menteri Lee Hsien Loong turut mengumumkan bahawa pemerintah akan menerima cadangan kumpulan kerja tiga pihak bagi pekerja bergaji rendah



Ini termasuk pengembangan PWM untuk merangkumi lebih daripada lapan dari 10 pekerja setempat bergaji rendah.




"Pekerja penting kami perlu menambah waktu tugas sepanjang pandemik ini, dengan pekerja pembersihan memastikan tempat awam kami kekal bersih dan sering dinyahjangkit, serta pekerja kedai perlu terus beroperasi sambil berdepan dengan risiko dijangkiti.



Walaupun gerakan buruh akan terus berusaha memperluaskan lagi perlindungan dan meningkatkan kehidupan pekerja penting kami...



Tidak akan mencukupi perhatian dan pengiktirafan buat pahlawan masyarakat ini."
- Pengarah Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Cik Yeo Wan Ling.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >