Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KERTAS PUTIH MENGENAI PEMBANGUNAN WANITA SINGAPURA

Majikan perlu wujud prosedur bagi kendali diskriminasi di tempat kerja

Penyertaan Garis Panduan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan Adil bakal luas tindakan boleh diambil
Mar 29, 2022 | 05:30 AM



PENYERTAAN Garis Panduan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan Adil (TGFEP) dalam undang-undang bakal meluaskan julat tindakan yang boleh diambil apabila diskriminasi di tempat kerja berdasarkan ciri-ciri seperti jantina, umur, kewarganegaraan atau bangsa berlaku.



Selain memastikan individu yang membuat aduan dilindungi, undang-undang tersebut juga menetapkan bahawa majikan perlu mewujudkan prosedur bagi mengendalikan kes-kes seperti itu.



Ini diharap menyediakan persekitaran yang selamat dan adil bagi pekerja melaporkan sebarang kes gangguan atau diskriminasi di tempat kerja serta menggalakkan lebih ramai tampil untuk mengemukakan aduan.



Langkah menggubal undang-undang baru tersebut merupakan antara pelan tindakan yang dilakarkan dalam Kertas Putih mengenai Pembangunan Wanita Singapura yang menangani pelbagai isu berkenaan wanita dalam usaha mencapai masyarakat lebih adil dan inklusif yang dibentangkan semalam.



Menyentuh tentang langkah tersebut dalam satu sidang media sebelum ini, Menteri Negara (Pendidikan merangkap Tenaga Manusia) Cik Gan Siow Huang berkata langkah itu memberi kenyataan yang kukuh terhadap diskriminasi di tempat kerja.



"Kami akan mempertimbang beberapa saranan untuk membolehkan pekerja melaporkan sebarang diskriminasi yang mereka saksikan atau alami.



"Majikan perlu mewujudkan prosedur tertentu bagi mengendalikan aduan atau laporan diskriminasi, mereka juga perlu merahsiakan identiti pekerja yang membuat aduan mengenai diskriminasi itu," kata Cik Gan sambil menambah jawatankuasa tiga pihak kini meneliti saranan tersebut untuk melaksanakannya secara praktikal pada masa akan datang.



Selain memastikan keadilan di tempat kerja, Kertas Putih yang dibentangkan semalam turut merangkumi usaha menggalak lebih ramai wanita menyertai tenaga kerja, antaranya melalui aturan kerja fleksibel (FWA).



Garis Panduan Tiga Pihak berkaitan FWA yang bakal dilaksana menjelang 2024 menetapkan bahawa majikan perlu mempertimbang permintaan pekerja bagi aturan FWA secara teliti dan adil.



Ia diharap dapat membuat pekerja lebih selesa meminta aturan kerja fleksibel dari majikan dan pada masa yang sama mengekalkan hak majikan menilai permintaan berdasarkan keadaan dan keperluan tertentu.



Sementara itu, lebih 40 peratus majikan dijangka menyesuaikan amalan mereka berdasarkan Piawai Tiga Pihak berkaitan FWA- yang menetapkan amalan terbaik bagi menawarkan dan menilai permintaan aturan kerja fleksibel- secara sukarela menjelang akhir tahun ini.



Buat masa ini, hanya 27 peratus majikan dilapor mengamalkan piawai tersebut.



"(Aturan kerja fleksibel) membolehkan lebih ramai wanita, terutama sekali mereka yang perlu melaksanakan tanggungjawab penjagaan, untuk kekal bekerja ataupun kembali bekerja.



"Bagi majikan pula, ia membolehkan mereka memanfaatkan bakat yang lebih luas, bukan saja dari golongan wanita tetapi juga warga emas," kata Cik Gan, sambil menambah bahawa aturan kerja fleksibel akan menjadi kebiasaan bagi tempat kerja masa depan.



Dalam usaha terus menyokong wanita di tempat kerja beberapa inisiatif telah dibangunkan termasuk program bimbingan kerjaya, peluang membina rangkaian dalam perniagaan serta program latihan bakal dipertingkat.



Ini diharap dapat mewujudkan "budaya tempat kerja progresif, mesra keluarga, dan lebih memahami", menurut laporan Kertas Putih tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >