Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majikan pulih dari kesan Covid perlu semak prestasi

NWC: • Beri ganjaran wajar kepada pekerja menerusi pembayaran berubah-ubah • Majikan yang masih terjejas masih boleh laksana pemotongan gaji
May 15, 2021 | 05:30 AM



SEMUA majikan perlu menyemak semula keadaan perniagaan sekarang dengan mereka yang pulih daripada kesan pandemik Covid-19 wajar memberi ganjaran seadilnya kepada pekerja menerusi pembayaran berubah-ubah, gesa Majlis Gaji Nasional (NWC).



Bagaimanapun, majikan yang tetap berdepan dengan cabaran dan prospek perniagaan lemah, masih boleh melaksanakan pemotongan gaji sementara jika ia menyelamatkan pekerjaan.



Majlis tiga pihak itu - yang terdiri daripada wakil daripada pemerintah, majikan dan kesatuan - berkata demikian semasa mengeluarkan adendum bagi garis panduan sekarang.



Pemerintah telah menerima usulan NWC agar melanjutkan garis panduan gaji dan garis panduan tambahan 2020/2021, sehingga 30 November nanti.



Garis panduan gaji dan garis panduan tambahan, yang masing-masing dikeluarkan pada Mac dan Oktober tahun lalu, sepatutnya luput pada bulan depan.



Dalam satu langkah luar biasa, majlis tersebut akan bersidang buat kali kedua lewat tahun ini untuk membangunkan garis panduan baru, yang berkuat kuasa bermula 1 Disember.



Bercakap dalam satu sidang akhbar di bangunan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) di Havelock Road semalam, Pengerusi NWC, Encik Peter Seah, berkata sementara ekonomi Singapura dijangka berkembang tahun ini pemulihan itu tidak seimbang dalam semua sektor.



Ekonomi negara dijangka tumbuh melebihi 6 peratus tahun ini. Sektor seperti kewangan dan perkilangan dijangka berkembang tetapi sektor seperti penerbangan dan pelancongan akan menyaksikan prestasi pemulihan lebih lemah.



Menurut Encik Seah, ramai majikan telah menyaksikan keadaan mereka banyak berubah hari ini berbanding dengan tahun lalu.



Lantaran itu, terdapat keperluan untuk majikan meneliti semula keadaan perniagaan mereka.



"Pemulihan masih tidak menentu dan syarikat-syarikat berdepan dengan keadaan yang berbeza-beza dalam perniagaan masing-masing," ujar beliau.



Jelas Encik Seah, disebabkan keadaan yang terus tidak menentu, menghasilkan satu garis panduan baru bukan satu keputusan mudah dibuat.



"... melihat kepada keadaan sekarang, kami merasakan yang agak sukar untuk menghasilkan garis panduan baru untuk membantu majikan dan pekerja mengemudi situasi sekarang.



"Mungkin menjelang November, kami akan mendapat gambaran lebih jelas dan menghasilkan garis panduan lebih bersesuaian untuk memandu majikan dan pekerja," tambahnya.



Garis panduan itu, antara lain mengusulkan agar majikan yang terjejas teruk oleh pandemik segera melaksanakan Sistem Gaji Fleksibel (FWS), dengan memperkenalkan Komponen Berubah-ubah Bulanan (MVC) di samping Komponen Berubah-ubah Tahunan (AVC), supaya dapat melakukan penyesuaian gaji yang lebih bertepatan sejajar dengan keadaan perniagaan berubah-ubah.



Bagi mengurangkan pemberhentian pekerja dan mengelak pemotongan gaji, majikan patut terdahulu memanfaatkan sepenuhnya sokongan pemerintah, melaksanakan apa sahaja langkah jimat kos bukan gaji serta melatih semula dan mengerahkan semula pekerja dalam peluang pekerjaan baru.



Majlis itu juga menyeru kepada majikan supaya memberi pertimbangan khas kepada golongan pekerja bergaji rendah dengan menggalak majikan yang memotong gaji supaya membeku gaji pekerja sedemikian.



Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Cik Mary Liew, yang juga anggota NWC, menggesa majikan supaya melakukan apa yang boleh untuk memberi bayaran Tambahan Gaji Tahunan (AWS) - bayaran bulan ke-13 - yang "amat membantu khususnya bagi pekerja bergaji rendah".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >