Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majikan tidak diizin simpan gaji pembantu rumah mulai 2019

Oct 08, 2018 | 05:30 AM



MULAI tahun depan, majikan tidak lagi dibenarkan menyimpan wang milik pembantu rumah (FDW) mereka dan ini termasuk gaji bulanan.



Kementerian Tenaga Manusia (MOM) akan memperkenalkan syarat baru permit kerja mulai 1 Januari 2019, untuk melindungi majikan dan FDW daripada terlibat dalam sebarang perselisihan melibatkan wang, menurut kenyataan MOM semalam.



Majikan yang didapati bersalah menyimpan wang kepunyaan pembantu rumah mereka boleh dikenakan hukuman denda sehingga $10,000 dan 12 bulan penjara.



Semasa ditemui di acara anjuran Pusat Pekerja Domestik (CDE), Setiausaha Parlimen Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pendidikan), Cik Low Yen Ling berkata, sepanjang tiga tahun lalu, MOM menerima secara purata 600 aduan setahun mengenai isu gaji FDW.



Kata Cik Low: "Kami faham bahawa sesetengah FDW, atas sebab-sebab tertentu, ingin majikan mereka menyimpan wang dan gaji mereka, namun MOM amat tidak menggalakkan amalan ini.



"Kami berharap majikan dapat membantu FDW mereka untuk membuka akaun bank bagi membolehkan FDW menguruskan wang mereka sendiri yang diperolehi daripada gaji."



Menurut beliau, ini penting untuk mengurang dan mengelakkan sebarang pertikaian yang tidak perlu melibatkan wang gaji.



Dalam kenyataannya, MOM berkata amalan majikan yang menyimpan wang pembantu rumah mereka menimbulkan masalah dan risiko kepada kededua pihak, kerana FDW yang tidak mempunyai akses kepada wang mereka perlu meminta majikan mereka apabila mereka memerlukan wang.



Majikan juga perlu menjejaki jumlah wang yang betul untuk dikembalikan kepada pekerja mereka.



Undang-undang yang diperkenalkan itu memerlukan majikan membayar gaji FDW mereka secara penuh dan tepat pada masanya.



Syarat permit kerja baru itu selaras dengan pengumuman minggu lalu yang menyatakan orang asing yang tinggal di Singapura, termasuk pekerja asing dan pembantu rumah, akan dikenakan had pinjaman jika mereka ingin meminjam wang daripada peminjam berlesen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >