Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majikan tidak harus minta MC pekerja yang diuji positif Covid-19: Tan See Leng

Feb 22, 2022 | 06:06 PM







SEMUA majikan di sini tidak harus meminta sijil perubatan (MC) dari pekerja yang diuji positif bagi Covid-19 kerana sistem penjagaan kesihatan terus menghadapi tekanan dek jangkitan yang meningkat di tengah-tengah gelombang Omicron ini, kata Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng.





Majikan dan jabatan sumber manusia (HR) syarikat harus membiasakan diri mereka dengan protokol kesihatan Covid-19 semasa dan mengecualikan kakitangan daripada kembali ke tempat kerja bagi tempoh yang diperlukan, kata Dr Tan kepada media dalam satu wawancara.



Kakitangan juga tidak perlu memberikan memo pemulihan atau penilai

an perubatan daripada doktor sebelum mereka dibenarkan kembali bekerja selepas tempoh pengasingan yang diperlukan, kata beliau.



Rakyat Singapura yang mahukan rekod jangkitan rasmi pula boleh membuat janji temu untuk menjalani ujian pantas antigen (ART) dilakukan sendiri di bawah penyeliaan di salah satu pusat ujian digabungkan atau pusat ujian pantas di serata negara.



Ujian tersebut akan dibiayai sepenuhnya oleh pemerintah sehingga 15 Mac ini dan keputusan ujian akan dipaparkan pada status HealthHub individu dalam tempoh 30 minit.



Mereka yang menjalani ART diselia di pusat ujian tersebut juga akan mendapat notifikasi SMS tentang keputusan ujian mereka, yang boleh digunakan sebagai bukti dokumen jangkitan masa lalu.



 



 





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >