Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:14
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majikan wajib beri penyata gaji terperinci mulai hari ini

Apr 01, 2016 | 07:42 AM



SYARIKAT dikehendaki mengeluarkan penyata gaji (payslip) terperinci bagi pekerja mulai hari ini, apabila perubahan mercu tanda pada Akta Pekerjaan berkuat kuasa.



Majikan juga perlu menyatakan syarat pekerjaan utama, meliputi perkara seperti susunan kerja, tugas utama dan potongan gaji tetap, secara bertulis.



Ini antara pindaan undang-undang buruh utama Singapura yang diluluskan tahun lepas dengan tujuan mengelak salah faham dan mengurangkan pertikaian antara majikan dan pekerja.



Majikan yang tidak mengikut peraturan baru itu boleh dikenakan denda antara $100 hingga $200 setiap pekerja atau kejadian.



Bagaimanapun, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menegaskan dalam satu kenyataan pada Khamis (31 Mac) bahawa ia akan "mengambil pendekatan penguatkuasaan lembut" pada tahun pertama, dan akan memberi tumpuan pada mendidik majikan mengenai perubahan tersebut.



penyata gaji, yang boleh dikeluarkan dalam bentuk salinan keras (seperti kertas) atau salinan lembut (salinan skrin), mesti memperincikan perkara seperti gaji asas pekerja, potongan dan masa kerja lembur.



Perubahan ini meliputi semua pekerja yang dilindungi oleh Akta Pekerjaan, yang tidak termasuk pengurus dan eksekutif bergaji asas bulanan lebih $4,500.



Ia datang selepas usaha baru-baru ini, seperti jumlah lebih tinggi yang diberi di bawah Tambahan Pendapatan Daya Kerja yang diumum dalam Belanjawan minggu lepas dan model gaji progresif, untuk menaikkan gaji pekerja bergaji rendah.



Untuk membantu syarikat menyesuaikan diri dengan perubahan itu, MOM mempunyai pakej bantuan yang terdiri daripada templat penyata gaji dan syarat-syarat pekerjaan utama, sofwe percuma bagi menghasilkan penyata gaji, pembiayaan dan khidmat perundingan. Butiran boleh didapati di laman web MOM.



Sejak rancangan mewajibkan penyata gaji wajib terperinci diumum tiga tahun lalu, kebanyakan majikan telah mula berbuat demikian.



Anggota Parlimen buruh, Encik Zainal Sapari, berkata penyata gaji terperinci itu penting bagi memastikan kedua-dua pihak, majikan dan pekerja bergaji rendah dilindungi dalam kes pertikaian.



"Tanpanya, majikan boleh mengambil kesempatan ke atas pekerja kurang berpendidikan dan kurang sedar akan hak mereka," kata Penolong Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >