Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Majikan wanita paksa amah mandi depannya

Turut lakukan penderaan lain, ancam bahayakan keluarga pembantu rumah dari Indonesia
Jul 09, 2021 | 05:30 AM



MENDAKWA pembantu rumahnya "berbau busuk", seorang wanita memaksa warga Indonesia itu mandi dengan pintu bilik air terbuka dan memakai pakaian di depan tingkap terbuka.



Itu sebahagian daripada penderaan yang Rosdiana Abdul Rahim, 33 tahun, lakukan kepada Cik Mayang Sari pada 2017. Umur Cik Mayang tidak dinyatakan dalam dokumen mahkamah.



Semalam, Rosdiana didapati bersalah bagi enam tuduhan, termasuk sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa dan mencabul kehormatannya.



Dia dibebaskan daripada tuduhan ketujuh - menarik baju dan coli Cik Mayang - kerana Hakim Daerah Salina Ishak tidak berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan itu tanpa keraguan munasabah.



Mahkamah sebelumnya telah mendengar bahawa Cik Mayang bekerja untuk Rosdiana antara 29 September 2017 hingga 12 Disember 2017.



Tugasnya termasuk menjaga anak kembar majikannya di rumah ibu Rosdiana pada siang hari.



Disebabkan perlu terus melakukan kerja rumah apabila pulang ke rumah Rosdiana pada waktu malam, beliau tidur pada waktu tidak teratur, mahkamah diberitahu.



Namun, Cik Mayang tidak dibenarkan berehat pada siang hari dan selalu dipantau oleh keluarga Rosdiana, kata Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Angela Ang dalam hujahnya.



Beliau juga tidak mempunyai hari cuti.



Pada November 2017, pembantu rumah itu terpaksa mandi di hadapan Rosdiana, yang mendakwa Cik Mayang "berbau busuk" dan tualanya juga berbau.



Dia kemudian menarik tangan pembantu rumah itu dan menolaknya ke dalam tandas bilik utama flat itu.



Setelah mandi, Rosdiana menyuruh Cik Mayang menukar pakaian di dalam bilik tidur utamanya, yang tingkapnya terbuka.



"Mangsa teringat melihat orang di luar tingkap dan bimbang mereka dapat melihatnya," kata DPP Ang.



Pada December 2017, Rosdiana melumur bedak bayi ke seluruh wajah pembantu rumah itu hingga matanya sakit.



Rosdiana kemudian memberitahu mangsa bahawa keluarganya "tidak akan lagi ada" apabila beliau pulang ke Indonesia jika beliau membersihkan bedak itu dari mukanya. Dia kemudian mengancam akan membahayakan keluarga Cik Mayang lagi.



Dalam satu kejadian lain pada bulan yang sama, Rosdiana mengoyakkan baju Cik Mayang hingga mendedahkan colinya. Dia kemudian mencubit mangsa di buah dadanya, sebelum menendangnya dua kali di alat kelaminnya.



Dia kemudian menolak pintu almari ke lengan Cik Mayang.



Mangsa membuat laporan polis pada 12 Disember 2017, setelah dihantar kembali ke agensi oleh suami Rosdiana, yang akan dijatuhi hukuman pada 17 Ogos.



Bagi kesalahan mencabul kehomatan Cik Mayang, dia boleh dipenjara hingga satu setengah tahun, atau didenda, atau dikenakan kedua-dua hukuman.



Rosdiana boleh dihukum penjara hingga tiga tahun, atau denda hingga $7,500, atau kedua-dua hukuman kerana sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Cik Mayang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >