Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Majlis Anugerah Hari Kebangsaan yang tertunda akan diadakan 4 April

Feb 03, 2021 | 05:30 AM



MAJLIS Anugerah Hari Kebangsaan yang ditunda tahun lalu akan diadakan tahun ini pada 4 April di Insitut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central.



Presiden Halimah Yacob akan menyampaikan anugerah itu di majlis tersebut yang akan dibahagikan kepada dua sesi dan dianjurkan mengikut langkah pengurusan selamat, kata kenyataan Istana semalam.



Anugerah Hari Kebangsaan tahunan itu, yang bermula pada 1962, mengiktiraf individu atas sumbangan mereka kepada perkhidmatan sivil atau tentera, kerja sosial dan masyarakat, atau untuk prestasi cemerlang dalam bidang mereka masing-masing.



Majlis fizikal tahun lalu ditunda disebabkan pandemik Covid-19.



Seramai 5,472 individu secara keseluruhan dalam 24 kategori anugerah menerima Penghormatan (Honours) Hari Kebangsaan, yang diumumkan pada 9 Ogos tahun lalu.



Mantan Menteri Kanan, Encik S. Jayakumar, yang merupakan penasihat undang-undang kanan kepada menteri hal ehwal luar, dianugerahkan penghormatan orang awam tertinggi Singapura, Darjah Utama Temasek (Dengan Kepujian Tinggi), atas sumbangannya yang berterusan dan tidak ternilai kepada Singapura.`



Encik Jayakumar berkhidmat sebagai seorang diplomat dan menteri dalam kerjaya perkhidmatan awam selama lebih 30 tahun, dan terus menyumbang kepakarannya dalam isu seperti pertelingkahan Pedra Branca dan persetujuan air bersama Malaysia setelah bersara daripada politik, lapor The Straits Times.



Mereka yang di barisan depan perjuangan menentang Covid-19 turut diiktiraf.



Ini termasuk penerima Pingat Jasa Gemilang, Cik Chan Lai Fung, Setiausaha Tetap (Penyelidikan dan Pembangunan Nasional), Setiausaha Tetap (Pejabat Dasar dan Perancangan Sains dan Teknologi Sektor Awam) serta Pengerusi Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star); dan Profesor Madya Benjamin Ong, yang membantu menubuhkan Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >