Majlis Bahasa bakal terbit jurnal bahasa dan sastera Melayu, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Majlis Bahasa bakal terbit jurnal bahasa dan sastera Melayu

Nov 12, 2017 | 05:30 AM

MAJLIS Bahasa Melayu Singapura (MBMS) bakal menerbitkan jurnal bahasa dan sastera Melayu tahun depan sempena sambutan Bulan Bahasa ke-30 tahun selain menyediakan wadah bagi golongan sasterawan menyalur karya.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai projek itu, pengerusi MBMS, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkata:

"Semasa berkomunikasi dengan masyarakat penggiat bahasa, budaya dan sastera Melayu, saya kerap menerima permintaan bagi mewujudkan jurnal yang membolehkan mereka menerbitkan karya."

Golongan tersebut, ujar Dr Faishal, bersetuju tentang perlunya menghasilkan jurnal itu.

"Salah satu sebabnya adalah memperingati Bulan Bahasa yang ke-30 tahun. Sebab yang lainnya pula ialah bagi menyediakan platform bagi penggiat bahasa, budaya dan sastera Melayu menerbit serta mewujudkan ekosistem.

Discover Malay Home Based Businesses

"Dengan meningkatnya minat, kegiatan dan penyertaan dalam bahasa Melayu, budaya dan sastera, ia tepat pada masanya dan sesuai bagi MBMS menerbitkan jurnal ini," ujar Dr Faishal yang menyebut mengenai jurnal tersebut dalam majlis Makan Malam Menjunjung Budi Bulan Bahasa yang diadakan di Kelab Masyarakat Keat Hong, di Choa Chu Kang, Selasa lalu.

Awal dari ini, MBMS pernah menerbitkan jurnal 'Sekata'.

Edisi pertama jurnal yang sedang diusahakan kini bakal menyusuri perkembangan Bulan Bahasa sepanjang 30 tahun.

"Ini akan membolehkan kita mengembangkan ekosistem bahasa, budaya dan sastera Melayu.

"Jurnal ini akan menjadi sumber ilmu yang baik bagi generasi muda kita.

"Saya berharap kita boleh mencetuskan inspirasi kepada generasi muda untuk membaca dan menulis.

"Ini penting demi pembangunan generasi baru masyarakat sasterawan Melayu,'' katanya.

Sementara itu, Bulan Bahasa yang ke-30 nanti akan disemarakkan dengan pelbagai kegiatan yang antaranya termasuk mengumpulkan koleksi gambar daripada orang ramai yang pernah terlibat dalam acara Bulan Bahasa sepanjang tiga dekad.

Jika didapati sesuai, ia akan dimuatkan dalam pameran.

Video pendek yang merakam pengalaman orang ramai dalam acara tersebut juga sedang diusahakan.

"Dengan meningkatnya minat, kegiatan dan penyertaan dalam bahasa Melayu, budaya dan sastera, ia tepat pada masanya dan sesuai bagi MBMS menerbitkan jurnal ini.''
- Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map