MAJLIS Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC) telah membuat tuntutan mahkamah terhadap anggota majlis bandarannya sendiri supaya membuat penjelasan tentang bayaran tidak wajar berjumlah lebih $33 juta yang dibuat sebelum ini.
Anggota majlis bandaran itu termasuk Ketua Parti Pekerja (WP), Encik Low Thia Khiang; Naib Pengerusi majlis bandaran, Cik Sylvia Lim; dan Pengerusi majlis bandaran, Encik Pritam Singh.