Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majlis bandaran arah wanita bersihkan sampah di flatnya dalam masa seminggu

Nov 12, 2019 | 09:11 AM



MAJLIS Bandaran Alijunied-Hougang (AHTC) telah memberi amaran pada Selasa (5 November) kepada seorang wanita berusia 67 tahun untuk membersihkan sampah di flatnya dalam masa seminggu, atau kakitangan majlis bandaran akan mengalihkan barangannya untuknya.



Flat eksekutif maisonnete wanita itu di Blok 522 Hougang Avenue 6 mempunyai barang bertimbun lebih setahun, ada barangnya kadang kala menjejas kawasan pintu jirannya.



Penduduk berkata bahawa kakitangan majlis bandaran telah ke unitnya beberapa kali, namun beliau akan mengalihkan barangnya ke dalam flatnya, dan masalah yang sama akan berlaku semula dalam beberapa hari.



Menurut akhbar berbahasa Cina Shinmin Daily pada Sabtu lalu, wanita itu yang hanya ingin diketahui sebagai Cik Wang, tidak lagi tinggal di flat itu namun memberitahu wartawan bahawa beliau bercadang untuk pindah semula ke situ kelak.



“Saya pulang untuk kemas barang saya setiap hari, tapi hanya boleh buat secara perlahan kerana saya agak tua,” katanya kepada Shinmin.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >