Subuh
5:38
Syuruk
6:55
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:02
Isyak
8:10
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Majlis bandaran minta maaf kerana alih kucing di pusat pembuangan sampah

Nov 19, 2019 | 12:05 PM

SEBUAH majlis bandaran meminta maaf semalam (18 November) di atas cara mereka menangani pengalihan seekor kucing ke tempat pembuangan sampah Jumaat lepas (15 November), setelah terdapat aduan oleh penduduk, lapor The Straits Times (ST).

Ini ekoran siaran Facebook Cik Rachel YukiMizu yang menyatakan bahawa dua pekerja pembersihan mengangkat kucing itu dan menempatkan ia di kawasan pembuangan sampah.

Seorang saksi telah memaklumkan Cik Rachel, seorang relawan di Persatuan Kebajikan Kucing (CWS) akan perkara itu, menurut catatan Facebooknya di kumpulan “Sayang Our Singapore’s Community Cats” atau “Sayang Kucing Masyarakat Singapura Kami”.

Cik Rachel mendekati pekerja pembersihan itu untuk bertanya jika kucing itu kepunyaan sesiapa tetapi tidak dilayani.

Oleh kerana beliau tidak boleh menghubungi majlis bandaran setelah membuat beberapa panggilan, beliau menelefon polis.

ST difahamkan bahawa polis telah menolong untuk mengadakan perbincangan antara CWS dan majlis bandaran.
 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3