Majlis bandaran PAP akan ketepikan $45j bagi pertingkat keselamatan lif, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:39
Syuruk
6:56
Zuhur
1:00
Asar
3:59
Maghrib
7:02
Isyak
8:11
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Majlis bandaran PAP akan ketepikan $45j bagi pertingkat keselamatan lif

Dec 05, 2016 | 12:16 PM

KESEMUA 15 majlis bandaran Parti Tindakan Rakyat (PAP) akan membelanjakan $45 juta untuk meningkatkan keselamatan dan kebolehpercayaan lif sepanjang lima tahun akan datang.

Dana itu akan digunakan ke arah melaksana saranan yang didedahkan Pasukan Petugas Majlis Bandaran PAP pada Isnin (5 Dis).

Pasukan petugas itu dibentuk pada Julai dan diterajui oleh Dr Teo Ho Pin, pengerusi penyelaras Majlis Bandaran PAP.

Antara saranannya ialah langkah-langkah meningkatkan pembaikan dan penyenggaraan lif serta memantau prestasi lif dan kontraktor lif.

Sebagai contoh, majlis bandaran disyor menjalankan pemeriksaan tambahan dan mengamalkan penyenggaraan pencegahan ke atas lima komponen kritikal lif - mekanisme pintu, suis induktor, brek, pengawal kelajuan berlebihan dan sistem merata - semasa penyenggaraan bagi meningkatkan keselamatan lif.

Halal Home Based Business
Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Antara saranan lain pasukan petugas itu ialah mencadangkan semua majlis bandaran supaya menyemak semula tempoh minimum yang diperuntuk bagi menyenggara lif berdasarkan bilangan pendaratan lif, reka bentuk dan syarat baru Penguasa Bangunan dan Pembinaan (BCA).

Majlis bandaran PAP akan juga menjalani Program Peningkatan Lif, yang tidak diwajibkan, yang akan melihat Pemerintah memperuntuk kira-kira $450 juta sepanjang 10 tahun untuk membiayai bersama 90 peratus daripada kerja pemodenan lif. Majlis bandaran akan membayar baki kos.

"Majlis bandaran PAP akan mengutamakan pelaksanaan LEP dalam tempoh 10 tahun akan datang berdasarkan umur dan prestasi lif," kata pasukan petugas itu.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map