Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majlis bandaran PAP akan modenkan 17,000 lif HDB serata Singapura dalam sedekad

Jan 28, 2019 | 02:54 PM



LEBIH 17,000 lif di estet Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan dimodenkan dengan ciri keselamatan lebih baik dalam masa 10 tahun akan datang.


 


Ini setelah majlis bandaran Parti Tindakan Rakyat (PAP) memuktamadkan rancangan di bawah Program Peningkatan Lif (LEP) bernilai $450 juta oleh pemerintah.


 


Dalam satu kenyataan hari ini (28 Jan), 15 majlis bandaran PAP itu berkata kerja-kerja pemodenan akan bermula bagi 1,600 lif serata negara dalam masa 15 bulan akan datang.


 


Ini selepas Pasukan Petugas Lif PAP menyelesaikan semakannya bagi lif-lif itu bersama kontraktor.


 


HDB mengumumkan LEP pada 2016 bagi menyokong majlis bandaran melengkapi lif dengan komponen yang disarankan Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA).


 


Pemerintah kemudian berkata inisiatif 10 tahun itu, dengan anggaran biaya sekitar $450 juta, akan memberi manfaat kepada lebih 80 peratus atau sekitar 20,000 daripada 24,000 lif dalam estet HDB. 


 


Program itu dibiayai dengan besar oleh HDB dan dilanjutkan kepada lif yang belum memenuhi semua saranan BCA dan beroperasi kurang 18 tahun sejak LEP bermula. 


 


Antara komponen lif yang disarankan BCA termasuk menyertakan alat mengawas kelajuan berlebihan automatik dan mengesan gerakan lif tidak terkawal, alat keselamatan untuk menghentikan lif sekiranya fungsi tali kendali menghadapi masalah dan alat menyelamat automatik semasa bekalan elektrik terputus.



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >