Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

berita

Majlis Bandaran Sengkang tidak dapat penilaian sempurna: MND

Terima penilaian ‘ambar’ bagi urus Bayaran Perkhidmatan dan Penyenggaraan (S&CC) tertunggak
Jun 22, 2023 | 04:50 PM



Kesemua 17 Majlis Bandaran di Singapura, kecuali satu, memenuhi piawaian yang ditetapkan melalui empat kategori, kata Laporan Pengurusan Majlis Bandaran (TCMR) terbaru yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Negara (MND) pada Khamis.

Laporan itu meliputi tahun kewangan 2022 – dari April 2022 hingga Mac 2023.

Majlis Bandaran Sengkang tidak menerima penilaian ‘hijau’ kerana didapati kekurangan dalam satu kategori, iaitu menguruskan Bayaran Perkhidmatan dan Penyenggaraan (S&CC) yang tertunggak.

Tiga kategori lain yang digunakan untuk menilai kelakonan Majlis Bandaran ialah Kebersihan Estet, Pengurusan Estet dan Prestasi Lif.

Majlis Bandaran diberi penilaian ‘hijau’, ‘ambar’ atau ‘merah’ merentasi kategori tersebut yang dikemukakan oleh Majlis Bandaran dan juruaudit mereka.

Pada tahun kewangan 2022, terdapat tiga Majlis Bandaran tidak menerima penilaian ‘hijau’ untuk semua kategori.

Dalam kenyataannya, MND berkata Majlis Bandaran Sengkang telah diberi penilaian ‘ambar’ kerana hampir lebih 40 peratus daripada pengurusan S&CC bulanannya tertunggak.

Penilaian ‘hijau’ diberikan kepada Majlis Bandaran yang mempunyai kurang 40 peratus S&CC bulanan yang tertunggak serta kurang empat dalam 100 isi rumah tertunggak selama tiga bulan atau lebih.

Kesemua Majlis Bandaran menerima penilaian ‘hijau’ untuk kategori Kebersihan Estet, Pengurusan Estet dan Prestasi Lif, sama seperti tahun kewangan lalu.

Majlis Bandaran Choa Chu Kang dan Majlis Bandaran Jurong–Clementi, yang kedua-duanya menerima penilaian ‘ambar’ untuk tahun kewangan 2021 bagi kategori pengurusan S&CC tertunggak, telah meningkatkan prestasinya pada tahun kewangan 2022 dan diberi penilaian ‘hijau’ dalam laporan terkini.

Ini merupakan tahun kedua laporan pengurusan Majlis Bandaran dibahagikan kepada dua bahagian – satu bahagian meliputi empat kategori tersebut dan satu lagi bahagian meliputi tadbir urus korporat.

Apabila MND mengumumkan format itu pada 2021, ia berkata laporan yang akan dibahagikan kepada dua bahagian itu tidak akan memberi kesan kepada cara Majlis Bandaran dinilai, tetapi membolehkan laporan yang lebih tertumpu dan cepat mengenai pelbagai aspek kerja mereka.

Pada Rabu, MND berkata keputusan untuk Tadbir Urus Korporat bagi tahun kewangan 2022 akan dikeluarkan di bawah Laporan Tadbir Urus TCMR pada Disember 2023 selepas MND menerima dan menyemak penyata kewangan daripada Majlis Bandaran yang sudah diaudit dan laporan juruaudit mereka.

Laporan Tadbir Urus sebelum ini, yang dikeluarkan pada Disember 2022 untuk tahun kewangan 2021, menyatakan bahawa dua Majlis Bandaran tidak mematuhi peraturan.

Bagi suku terakhir Jun 2021, Majlis Bandaran Jurong-Clementi telah memindahkan jumlah yang kurang ke akaun bank dana penggantian lif disebabkan salah pengiraan.

Bagi suku terakhir September 2022, Majlis Bandaran Pasir Ris-Punggol telah salah memperuntukkan sebahagian geran pemadanan dana penggantian lif dengan hartanah kediaman, daripada hartanah komersial.

Ketidakpatuhan daripada dua Majlis Bandaran itu disebabkan kesilapan pentadbiran kali pertama. Ia telah pun diperbetulkan, kata MND ketika itu. Kedua-dua kejadian itu dianggap sebagai “tidak keterlaluan”, tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >