Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majlis baru demi galak lebih ramai wanita sertai lembaga pertubuhan dibentuk

Jan 16, 2019 | 02:23 PM



DALAM tempoh empat tahun lalu, jumlah wanita di syarikat yang berada di 100 kedudukan tertinggi di Singapura meningkat dua kali ganda kepada 15 peratus. 



Walaupun ini merupakan “pencapaian yang baik”, ia masih tidak cukup, kata Presiden Halimah Yacob dalam ucapannya di Istana hari ini, ketika mengumumkan pembentukan majlis baru untuk menggalak lebih ramai wanita untuk menyertai lembaga pertubuhan.



Puan Halimah akan menjadi penaung (patron) Majlis untuk Kepelbagaian dalam Lembaga, yang akan dipimpin oleh Encik Loh Boon Chye, ketua pegawai eksekutif Singapore Exchange, dan Cik Mildred Tan, pengerusi Pusat Sukarelawan dan Dermawan Nasional. 

 

Majlis 20 anggota yang terdiri daripada sembilan lelaki dan 11 wanita itu akan mengambil alih Jawatankuasa Tindakan Kepelbagaian (DAC) sedia ada yang dibentuk pada 2014. 



Majlis baru itu mempunyai skop yang diperluas untuk memastikan perwakilan wanita dalam lembaga pertubuhan dalam sektor awam dan sektor masyarakat, termasuk pertubuhan bukan pemerintah serta badan-badan amal. 





 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >