Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT RAMADAN

Majlis buka puasa bagi keluarga bekas pesalah

Majlis anjuran NeuGen Fund, badan amal yang dibentuk Iscos bagi sokong keluarga, kanak-kanak pesalah dadah
Apr 15, 2023 | 05:30 AM



SEKITAR 500 tetamu yang terdiri daripada keluarga bekas pesalah berpendapatan rendah menghadiri majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh NeuGen Fund pada Rabu.



NeuGen adalah sebuah badan amal yang ditubuhkan oleh Persatuan Syarikat Kerjasama Perusahaan dan Perkhidmatan (Iscos) yang menyokong kanak-kanak dan keluarga bekas pesalah.



Majlis iftar itu, yang diadakan di HomeTeamNS Khatib, adalah acara Ramadan pertama secara fizikal dianjurkan NeuGen sejak pandemik Covid-19 melanda.



Acara itu diserikan tetamu terhormat, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



Sejak 2017, NeuGen telah menyokong lebih 1,000 kanak-kanak dan keluarga bekas pesalah dengan tujuan untuk mencegah kesalahan merentasi generasi.



Badan amal itu telah berkhidmat, secara purata, kepada 500 kanak-kanak dan 250 keluarga setiap tahun.



Ini dicapai melalui pendekatan holistik dan intervensi proaktif melalui pendidikan, memperkasa keyakinan serta dan membina persekitaran yang memupuk.



Semasa majlis iftar itu, NeuGen menekankan bahawa terdapat kaitan yang kukuh antara pemenjaraan ibu bapa dengan risiko kanak-kanak terjerumus dalam kancah jenayah pada masa hadapan.



Cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak dan keluarga bekas pesalah termasuk ketidakhadiran ibu bapa, kesempitan kewangan, perasaan sedih ditinggalkan, harga diri yang rendah, perasaan malu dan stigma daripada masyarakat.



Menurut Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS) Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa pesalah adalah tiga kali lebih berkemungkinan menjadi pesalah.



Sementara itu, satu daripada setiap lima kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa yang diberkas akibat salah guna dadah menghadapi risiko ikut jejak sama antara generasi, menurut Perkhidmatan Penjara Singapura.



Bercakap di majlis itu, Dr Faishal mengiktiraf NeuGen atas usaha berterusan mereka untuk mempromosikan ikatan dan kebersamaan keluarga.



"Kanak-kanak adalah masa depan kita. Pemerintah akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi seperti NeuGen untuk memastikan kanak-kanak kita menerima sokongan yang mereka perlukan untuk membesar dengan baik.



"Saya juga ingin memberi jaminan kepada anda bahawa pemerintah sedang bekerja keras dengan semua rakan kongsi untuk menyokong anda dan orang yang anda sayangi," katanya.



Majlis iftar tersebut ditaja oleh OneRHT Foundation, yang diwakili oleh firma undang-undang RHTLawAsia, serta pusat halal sehenti Warees Halal Limited.



Semasa majlis itu, kanak-kanak dan keluarga mereka turut menikmati persembahan dan permainan untuk meraikan majlis yang meriah itu, dan membawa balik beg cenderahati termasuk makanan ringan dan kuih-muih.




"Kanak-kanak adalah masa depan kita. Pemerintah akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi seperti NeuGen untuk memastikan kanak-kanak kita menerima sokongan yang mereka perlukan untuk membesar dengan baik. Saya juga ingin memberi jaminan kepada anda bahawa pemerintah sedang bekerja keras dengan semua rakan kongsi untuk menyokong anda dan orang yang anda sayangi."
- Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, semasa berucap di majlis berbuka puasa anjuran NeuGen Fund.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >