Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majlis kahwin di Facebook Live, Skype

Mar 22, 2020 | 05:30 AM



DI kala diri mereka meraikan detik bahagia sebagai 'raja sehari' hari ini, warga Singapura, Cik Nurmiati Jaafar dan suami dari Australia, Encik Paul David Rumpff, membayangkan keluarga dan sahabat yang disayangi sama-sama meraikannya.



Sayangnya, di dalam tengah-tengah wabak Covid-19, kebanyakan anggota dari Australia, New Zealand dan Malaysia tidak dapat meraikan hari bahagia mereka.



Ini memandangkan perintah kawalan pergerakan penduduk yang dikuatkuasakan banyak negara bagi mengekang jangkitan koronavirus.



Dalam pada itu, meskipun majlis resepsi pasangan ini diteruskan di dewan Kinara The Grand Patros di Amber Road, jumlah kerusi bagi semeja yang disediakan dikurangkan daripada 10 kepada enam.



Ini mengikuti langkah pemerintah mengumumkan langkah lebih ketat dalam memastikan jarak selamat antara individu termasuk di majlis kahwin dilaksanakan.



Ketika dihubungi Berita Minggu semalam, Cik Nurmiati, 34 tahun, berkata beberapa minggu yang lalu memang mencabar buatnya serta menguji kesabarannya semasa membuat perancangan hari pernikahan.



"Saya sudah berurusan secara terperinci dengan perancang khidmat pengantin saya selama beberapa bulan bagi hari istimewa ini.



"Jadi apabila penularan Covid-19 terjadi, suami paling terjejas kerana semua ahli keluarganya termasuk kawan-kawannya tidak dapat menghadiri acara ini."



Justeru, dalam memastikan majlis pernikahannya tetap dapat ditonton keluarga dan sahabat-handai dari luar negara yang tidak dapat hadir, Cik Nurmiati dan Encik Rumpff, 37 tahun, mengambil keputusan merakam secara langsung dan mengadakan penstriman majlis mereka dalam Facebook Live dan Skype.



Cik Nurmiati, anak sulung dalam tiga beradik itu, menjelaskan bahawa inisiatif itu juga memberi peluang bagi tetamu yang tidak sihat di Singapura tetap mampu berkongsi kegembiraannya kerana perlu mengamalkan jarak sosial.



Kelmarin, Kementerian Kesihatan (MOH) mengumumkan bahawa semua acara dan perhimpunan dengan 250 atau lebih peserta yang hadir pada satu-satu masa ditangguhkan atau dibatalkan bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19 dalam ruang lingkup tempatan.



"Kami tidak sampai menangguhkan majlis pada saat-saat akhir kerana semuanya sudah dirancang. Kami berusaha memastikan hanya 250 orang sahaja berada dalam dewan pada satu masa. Dewan juga terbahagi kepada tiga bahagian. Justeru itu, ada banyak ruang bagi orang berjalan dan tidak berada dalam jarak dekat," katanya yang berharap dapat bertemu keluarga suaminya di Australia selepas wabak ini reda.



Tetamu ke majlis kahwin hujung bulan ini, Cik Hamidah Abdul Karim, 53 tahun, pula berkata:



"Seorang teman saya telah menunda majlis kahwin anaknya yang sepatutnya berlangsung akhir bulan ini kepada tarikh yang perlu ditetapkan kelak bagi menanti Covid-19 ini reda. Mereka hanya akan mengadakan majlis pernikahan ringkas hujung bulan ini kerana enggan mengambil risiko."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >