Subuh
5:28
Syuruk
6:51
Zuhur
12:53
Asar
4:16
Maghrib
6:54
Isyak
8:07
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Setempat0

Majlis kahwin di kawasan umum HDB dibenar asal dikendali penganjur majlis berdaftar

Oct 20, 2020 | 09:31 PM

MAJLIS perkahwinan akan dibenarkan di kawasan umum Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang dikendalikan Majlis Bandaran.

Memberikan perincian dalam satu kenyataannya semalam, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata majlis ini perlu dikendalikan oleh penganjur majlis perkahwinan yang berdaftar atau syarikat yang menawarkan khidmat yang berkaitan.

Bagi memudahkan urusan ini, kerjasama juga akan diberikan oleh Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) kepada para mempelai dari pelbagai etnik dan penganjur majlis perkahwinan ini, menurut MOH.

Mereka terlebih dahulu perlu menyerahkan perincian majlis perkahwinan mereka kepada DPPMS dan mendapatkan surat pengesahan sebelum ke Majlis Bandaran.

“Pasangan dan penganjur perkahwinan boleh menghubungi DPPMS mulai 9 November,” jelas MOH.

Majlis kahwin dibataskan pada jumlah maksimum 100 hadirin (termasuk pasangan pengantin tetapi mengecualikan penyedia khidmat) dengan langkah pengurusan selamat diamalkan.

Bagi keterangan lanjut, lungsuri laman www.smcci.org.sg/wedding mulai 23 Oktober ini.

 

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian