Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:57
Isyak
8:12
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Search Distance From Your Location = 1 KM
100 M 1 KM
No restaurant found within  from your distance.
Setempat0

Majlis Penasihat M³ sediakan kepimpinan strategik

Jul 25, 2019 | 05:30 AM

SELEPAS pelancaran kesemua lapan M kuasa Tiga di bandar (M³@Bandar), Majlis Penasihat M³ akan menasihat dan menyediakan kepimpinan di peringkat strategik serta masyarakat bagi meluaskan keberkesanan inisiatif tersebut.

Ini bagi memenuhi objektif memanfaatkan aset masyarakat dalam memenuhi keperluan dan aspirasi ramai, terutamanya semasa menyampaikan khidmat jarak terakhir (last mile service), ujar kenyataan Persatuan Rakyat (PA) semalam.

Majlis itu juga akan memastikan penyelarasan dan pengaliran maklumat antara kumpulan dasar dengan kumpulan pelaksanaan serta pemegang taruhan utama, terutamanya agensi M³ - dan memantau kemajuan selain berkongsi amalan terbaik berkaitan inisiatif oleh M³.

Kelmarin, seramai 33 anggota Majlis Penasihat M³ telah menerima surat pelantikan mereka daripada Menteri Sekitaran dan Sumber Air yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, di mesyuarat pertama majlis itu yang berlangsung di bangunan Wisma Geylang Serai (WGS),

Semasa mesyuarat itu, Encik Masagos berkata:

"Saya rasa gembira kerana Majlis Penasihat M³ telah dibentuk bagi merangkumi kekuatan setiap pertubuhan, iaitu Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Yayasan Mendaki dan Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) untuk memberi khidmat lebih baik dan mempertingkat masyarakat Melayu/Islam.

"Dengan semua orang bersatu - daripada golongan profesional seperti peguam, doktor, asatizah dan wakil daripada Persatuan Rakyat (PA), Muis, Mendaki, MCCY (Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), saya yakin masjid kita, kelab masyarakat dan pertubuhan kebajikan sukarelawan lain akan disokong dengan lebih baik dan diselaraskan untuk menyediakan perkhidmatan jarak terakhir kepada masyarakat kita."

Dalam melibatkan lebih ramai profesional untuk turut serta, Encik Masagos menggesa supaya pendekatan diluaskan menerusi rangkaian ramai.

"Para peguam, doktor, guru, asatizah dan ramai profesional lain yang sertai majlis itu dan M³@Bandar bertindak bukan sahaja sebagai sumber dalam masyarakat, bahkan mampu memberi pendekatan berbeza dan lebih luas kepada segmen masyarakat yang mungkin belum dicapai sebelum ini.

"Ini akan memberi kita peluang menyasarkannya kepada kumpulan yang lebih sukar dicapai dan kurang diberi khidmat," katanya.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian