Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majlis peringati sumbangan Mohamed Latiff Mohamed

Oct 31, 2022 | 05:30 AM



SATU acara memperingati sasterawan setempat, Allahyarham Mohamed Latiff Mohamed, diadakan semalam, dihadiri sekitar 50 peserta Melayu dan bukan Melayu daripada pelbagai latar belakang sebagai memberi penghormatan kepada Allahyarham yang meninggal dunia awal bulan ini.



Acara hampir dua jam di The Arts House itu dibuka dengan pendeklamasian dua sajak Allahyarham, Maafkan aku puisi dan Kepadamu, Melayu, diikuti oleh ceramah peringatan oleh pensyarah kanan Universiti Nasional Singapura (NUS), Dr Azhar Ibrahim.



Dalam ceramah berjudul A clamour for a dignified presence yang disampaikan secara maya itu, Dr Azhar berkata dalam lingkungan sastera Melayu, Allahyarham dikenali sebagai penyajak yang memberi pendapatnya.



"Hampir tiada kumpulan yang dikecualikan daripada penelitiannya, terutama mereka yang berkuasa dan berpengaruh," kata beliau.



Beberapa hadirin kemudian tampil ke atas pentas untuk bercakap tentang Allahyarham serta kesan yang dibawanya ke atas kehidupan mereka.



Mereka termasuk presiden Angkatan Sasterawan '50 (Asas '50), Encik Suraidi Sipan; Felo Penyelidik Pejabat Mufti, Ustaz Alfian Yasrif Kuchit; dan penyajak Dr Alvin Pang.



Sasterawan terkemuka Isa Kamari dan Duta Singapura ke Kuwait serta Duta Khas Menteri Ehwal Luar ke Timur Tengah, Encik Zainul Abidin Rasheed, turut mengongsi kenangan mereka bersama Allahyarham.



Acara tersebut dianjurkan bersama oleh Arts House Limited, Majlis Buku Singapura, Sing Lit Station, Budhi dan The Reading Group.



Mewakili pihak penganjur, pengarah syarikat pendidikan dan konsultasi, Budhi, Encik Mohamed Imran Mohamed Taib, berkata pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar terutama kerana beliau seorang tokoh sasterawan yang sangat prihatin terhadap isu-isu masyarakat Melayu.



"Karya-karya beliau wajib dibaca oleh masyarakat umum kerana melalui sastera itu kita dapat melihat persoalan yang terjadi di dalam masyarakat Melayu.



"Kerana itu kita mengadakan sesi ini untuk mengenang sumbangan beliau dan pada masa sama mungkin memperkenal karya-karya beliau kepada masyarakat umum yang belum mengetahuinya.



"Dan lebih utama lagi, untuk teman-teman dan juga mereka yang mengenali beliau untuk mungkin memberikan kenangan mereka mengenai interaksi mereka dengan Almarhum sebagai cara kita mengenang jasa beliau," kata Encik Mohamed Imran, 45 tahun.



Anak bongsu Allahyarham, Encik Mohamed Haikel Fansuri Mohamed Latiff, 35 tahun, yang turut hadir semalam meluahkan rasa berbesar hati melihat begitu ramai orang yang datang ke acara tersebut.



"Saya selalu kecil-kecil dahulu ikut bapa ke pertemuan dengan penulis-penulis tetapi sampai sekarang baru saya dapat merasai betapa kuatnya impak bapa saya terhadap sastera Singapura, sastera Melayu dan juga pada orang-orang yang bukan sasterawan pun," kata perunding cara yang berpangkalan di Jerman itu.



Allahyarham Mohamed Latiff yang berusia 72 tahun dikatakan meninggal dunia dalam tidur di Melbourne, Australia . Punca kematiannya dikatakan adalah faktor alamiah dan usia.




"Hampir tiada kumpulan yang dikecualikan daripada penelitiannya, terutama mereka yang berkuasa dan berpengaruh."
- Pensyarah kanan Universiti Nasional Singapura (NUS), Dr Azhar Ibrahim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >