Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

Majlis perkahwinan Ahad ini boleh diteruskan dengan pengujian sebelum acara

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Majlis perkahwinan Ahad ini boleh diteruskan dengan pengujian sebelum acara

May 14, 2021 | 06:49 PM

PASANGAN yang merancang mengadakan majlis perkahwinan pada Ahad (16 Mei) - hari pertama sekatan Covid-19 lebih ketat dilaksanakan -  boleh meneruskan majlis mereka dengan syarat pengujian sebelum acara dijalankan ke atas semua tetamu.

Kelonggaran itu dibenarkan kerana pemerintah sedar tidak mudah membuat perubahan saat akhir bagi majlis sedemikian kata  Menteri Pendidikan Encik Lawrence Wong, yang merupakan pengerusi bersama pasukan bertindak berbilang kementerian (MTF) bagi Covid-19,  di satu sidang media maya pada Jumaat (14 Mei).

Beliau telah mengumumkan, majlis perkahwinan tidak dibenarkan dari Ahad hingga 13 Jun, sebagai sebahagian langkah sekatan Covid-19 lebih ketat untuk membendung penularan virus itu dalam masyarakat.

Ini kerana majlis perkahwinan adalah kegiatan menjamu selera, yang dianggap sebagai sekitaran berisiko lebih tinggi dengan orang ramai berkumpul dalam kawasan tertutup tanpa memakai pelitup.

"Sekiranya ada pasangan sedemikian yang terjejas, kami bersedia  mempertimbangkan aturan pengecualian hanya untuk pasangan pengantin yang telah membuat rancangan untuk Ahad ini. Mereka boleh meneruskannya, tetapi kami akan minta mereka melaksanakan pengujian sebelum acara untuk semua tamu mereka. Tetapi  aturan khas ini hanyalah untuk Ahad ini," kata Encik Wong.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3