Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majlis rai usaha gigih murid tamatkan program KelasMatematika Mendaki

Dec 04, 2023 | 04:27 PM



Usaha gigih dan pembelajaran konsisten keluarga dengan anak kecil yang telah berjaya menamatkan satu program Matematik anjuran Yayasan Mendaki dirai dalam satu majlis pada 2 Disember.

Sekitar 450 ibu bapa dan kanak-kanak hadir di majlis tamat pengajian bagi program KelasMateMatika (KMM) bersamaan acara ‘PlayFest 2023’ anjuran Mendaki di Pusat Konvensyen Politeknik Temasek.

Anggota Parlimen (AP) GRC Chua Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, hadir sebagai tetamu kehormat.

‘KMM Graduation Ceremony’ atau majlis tamat pengajian program KMM merupakan majlis pengijazahan serta meraikan kejayaan atas usaha gigih dan pembelajaran konsisten keluarga dengan anak yang berjaya menamatkan program tersebut.

Majlis ini juga menyambut pencapaian KMM di bawah usaha kerjasama M³ dan mengiktirafkan sokongan daripada rakan kongsi dan masyarakat.

Dikenali sebagai MajuMindaMatematika (Tiga M) sebelum ini, program ini telah memperkasa ibu bapa melalui Pengalaman Pembelajaran Perantara (MLE) selama lebih 21 tahun sejak 2002.

Sejak lima tahun lalu, lebih 10,500 kanak-kanak dan ibu bapa telah meraih manfaat daripada KMM.

Melahirkan penghargaannya, Encik Zhulkarnain berkata:

“Sambil kita memberi tepukan gemuruh kepada graduan KMM kita – ibu bapa dan anak-anak – kita juga berterima kasih kepada fasilitator yang berdedikasi, yang telah memperkasakan ibu bapa selama lebih dari dua dekad, pertama sebagai MajuMindaMatematika sejak 2002 hingga 2018, dan kemudian sebagai KMM sejak 2018.”

Beliau menambah bahawa M³@Chua Chu Kang akan terus menggalakkan lebih ramai ibu bapa, anak-anak, dan keluarga untuk menyertai KMM pada tahun hadapan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >