Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majlis raikan peranan pekerja pengangkutan awam, penumpang

Keupayaan sistem pengangkutan awam tampung 8 juta perjalanan sehari sebelum Covid tanda kerja cemerlang kakitangan pengangkutan awam: Iswaran
Nov 06, 2022 | 05:30 AM



KEMAMPUAN sistem pengangkutan awam yang dapat menampung sehingga 8 juta perjalanan sehari sebelum Covid-19 melanda adalah petanda kerja cemerlang yang dipikul kakitangan pengangkutan awam, kata Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran.



Menurut Encik Iswaran, sedang negara ini tampil lebih kukuh daripada pandemik dan jumlah penumpang bertambah, adalah penting untuk terus kekalkan komitmen dan ketegasan yang menyaksikan negara ini melalui pandemik - untuk menyesuaikan masyarakat menghadapi cabaran masa depan.



"Memang saya tidak nafikan bahawa kakitangan pengangkutan awam komited sepenuhnya dan mempunyai kebolehan untuk bertindak apabila tiba masanya," tambah Encik Iswaran yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan.



Encik Iswaran berkata demikian semasa berucap di Hari Penghargaan Kakitangan Pengangkutan Awam dan Pelancaran Minggu Komuter Penyayang di Atrium Hab HDB Toa Payoh semalam.



Jawatankuasa Komuter Penyayang SG, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan Majlis Pengangkutan Awam (PTC) dengan kerjasama Kesatuan Pekerja Pengangkutan Kebangsaan (NTWU), operator pengangkutan awam telah mengadakan dua acara secara serentak yang dikhususkan masing-masing kepada para pekerja serta komuter pengangkutan semalam.



Hari Penghargaan Pekerja Pengangkutan Awam (PTWA) mengiktiraf dan menghargai sekitar 23,000 pekerja pengangkutan awam dalam menjamin pergerakan harian yang selamat, lancar dan boleh dipercayai.



Minggu Komuter Penyayang 2022 yang masuk tahun kedua, menggalak budaya perjalanan dengan bertimbang rasa dan penyayang dalam kalangan komuter, dan mengiktiraf komuter penyayang yang telah menunjukkan sifat penyayang kepada komuter lain.



Turut hadir ialah Setiausaha Parlimen Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pengangkutan), Encik Baey Yam Keng.



Dalam ucapannya itu, Encik Iswaran mengambil peluang memuji sikap beberapa kakitangan pengangkutan awam seperti Encik Mohamad Aidil yang merupakan seorang kapten bas.



"Beliau sentiasa memantau bagi pihak penumpang.



"Pernah sekali beliau mengingatkan dua pelajar sekolah rendah bahawa perhentian mereka semakin hampir dan mereka terlupa menekan butang untuk turun," katanya.



Encik Iswaran menambah adalah penting bagi para kakitangan penyenggaraan turut diberi penghargaan.



"Mereka juga wira dalam banyak cara kerana mereka bekerja di sebalik tabir.



"Mereka tidak dilihat kita, tapi kerja mereka menjadikan perbezaan dan memastikan sistem bergerak lancar.



"Mereka bekerja di luar waktu biasa seperti contoh penyenggaraan rel hanya boleh berlaku selepas perkhidmatan rel berakhir dan perlu diselesaikan sebelum perkhidmatan bermula semula pada jam 4 atau 5 pagi," katanya.



Beliau memberi contoh Encik Mohammad Iskandaraian dan pasukannya yang secara proaktif mengenal pasti satu bahaya yang boleh menyebabkan seseorang terjatuh di depot, lantas melaksanakan satu sistem perlindungan terjatuh untuk memperbaiki keselamatan.



Pada masa yang sama Encik Iswaran menekankan bahawa pengangkutan awam merupakan satu ruang yang dikongsi semua orang.



Semalam seramai lapan individu diberi Anugerah Komuter Penyayang atas sifat penyayang mereka.



Selain mengenal pasti komuter, anugerah itu juga mengiktiraf kakitangan perkhidmatan dalam industri pengangkutan yang memainkan peranan dengan menunjukkan sifat penyayang juga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >