Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majlis walimah di kolong blok semakin kurang?

Aug 01, 2022 | 05:30 AM



PALUAN kompang dan sesi karaoke di bawah blok jarang kedengaran sejak kebelakangan ini.



Meskipun acara berskala lebih besar, termasuk majlis walimah, semakin rancak sejak sekatan Covid-19 dilonggarkan sekitar April lalu, namun jumlah majlis kolong blok kekal rendah.



Menurut beberapa penyedia khidmat perkahwinan yang dihubungi Berita Harian (BH), jumlah permintaan bagi majlis walimah di kolong blok jauh berbeza berbanding tempoh sebelum pandemik, malah tidak mencecah separuh jumlah tempahan sebelum ini.



Meskipun masih ada pertanyaan dan permintaan untuk mengadakan majlis di kolong blok - terutama sekali menjelang akhir tahun dan tahun depan - penyedia khidmat tidak menjangkakan jumlah tersebut kembali setinggi prapandemik.



Pengurus Nazreen Catering, Encik Hasan Nazreen, berkata 80 peratus pelanggannya masih memilih mahu mengadakan majlis di hotel dan dewan ballroom, dengan baki 20 peratus yang memilih lokasi seperti kolong blok, dewan serbaguna (MPH) atau Kelab Masyarakat (CC).



Ini berbanding 50 peratus permintaan bagi majlis di kolong blok yang diterimanya sebelum pandemik melanda.



"Majoriti masyarakat Melayu sekarang masih memilih lokasi di hotel dan dewan kerana ini sudah menjadi kebiasaan sejak tempoh Covid-19," katanya.



Pengurus syarikat Pink Lolly, Encik Aaron s/o Krishansamy berkata sebelum ini hampir 90 peratus pelanggannya memilih mahu mengadakan majlis di kolong blok, MPH atau CC, dan baki 10 peratus memilih lokasi lain seperti hotel.



"Sekarang dah macam terbalik, 90 peratus yang nak di dewan ballroom atau hotel walaupun kolong blok dah buka semula," ujarnya.



Naib Presiden, Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Cik Fadilah Abdul Majid berkata berdasarkan pengamatan DPPMS, lebih ramai pelanggan yang memilih mengadakan majlis kecil-kecilan - dengan pakej bagi antara 200 hingga 400 undangan - berbanding majlis lebih besar, meskipun dengan sekatan yang dilonggarkan.



DPPMS telah menerima sekitar 19 permohonan untuk majlis persandingan di kolong blok untuk tahun ini.



Namun sejak April tahun ini, mempelai tidak lagi perlu memaklumkan DPPMS tentang permohonan sewa majlis walimah mereka di kolong blok.



Antara pasangan yang memilih mengadakan majlis walimah di kolong blok 241 Jurong East ialah Encik Nor Azman Sulaiman, 55 tahun, dan isterinya, Cik Nurul Aini Setapa, 42 tahun, yang berkahwin Mei lalu.



"Majlis kolong blok ini ada suasana kampung dan semangatnya lain,'' kata Encik Azman yang bekerja sepenuh masa di Kedutaan Singapura di Kuala Lumpur.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >