Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Majoriti kaunter pelepasan kenderaan di Koswe, Linkedua dibuka bulan lalu

Jan 11, 2023 | 05:30 AM



PENGUASA Imigresen dan Pemeriksaan (ICA) memastikan lebih 9 dalam 10 kaunter pelepasan kenderaan dikendalikan semasa tempoh sesak bulan lalu.



Ini dilakukan untuk mengurus kesesakan di Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Pusat Pemeriksaan Tuas ketika jumlah pengembara meningkat.



Trafik di pusat-pusat pemeriksaan darat sudah kembali ke paras praCovid-19 bulan lalu, dengan hampir 400,000 pengembara melalui kedua-dua pusat pemeriksaan setiap hari, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam kelmarin.



Beliau 92 peratus daripada 302 kaunter di Pusat Pemeriksaan Woodlands dan 276 kaunter di Pusat Pemeriksaan Tuas telah dikendalikan dalam tempoh itu.



Encik Shanmugam berkata pihak ICA terus bekerjasama dengan rakan kongsi seperti penyedia khidmat bas rentas sempadan untuk menjadualkan lebih banyak bas bagi menghadapi jumlah pengembara yang meningkat, dan polis trafik untuk memastikan aliran trafik yang teratur ke arah pusat-pusat pemeriksaan darat.



Pihak ICA juga memanfaatkan teknologi, setelah melaksanakan pelepasan automatik 100 peratus bagi semua penunggang motosikal di pusat pemeriksaan darat sejak Januari 2017, kata Encik Shanmugam.



Beliau berkata demikian menyusuli laporan media mengenai kesesakan panjang yang dihadapi warga Singapura ketika menyeberang Koswe.



"Berikutan kejayaan ujian secara langsung, ICA kini sedang berusaha memperkenalkan pelepasan automatik dalam kereta untuk pengembara yang menaiki kereta."



Pelepasan automatik akan menjadi kebiasaan, tambah beliau.



ICA juga telah mengamalkan pengurusan trafik yang dinamik di pusat-pusat pemeriksaan darat, dengan para pegawai dikerahkan ke kawasan yang memerlukan lebih banyak sokongan bagi menguruskan jumlah pengembara.



"Sebagai contoh, semasa waktu sesak di pelepasan kereta, lebih banyak sumber tenaga manusia dikerahkan ke zon berlepas kereta, dan lorong berlepas lori ditukar untuk pelepasan kereta," tambah beliau.



Kerahan sedemikian dilaksanakan sambil memastikan objektif lain seperti mengurus keselamatan dan memeriksa barangan kontraban tidak dikompromi, tambah beliau.



Tetapi terdapat had kepada keberkesanan kerahan sedemikian, kata Encik Shanmugam.



Beliau berkata sepanjang tempoh akhir tahun lalu, trafik kereta yang berlepas dari Pusat Pemeriksaan Woodlands ke Malaysia telah membawa kepada kesesakan yang kerap di Koswe, sepanjang jalan dari sebelah Malaysia ke kaunter kereta berlepas dari Singapura.



Para pengembara harus memainkan peranan mereka dengan mengikuti nasihat dari ICA yang diberikan secara berkala mengenai hari dan masa kesesakan dianggarkan berlaku.



Mereka harus mengelak daripada melakukan perjalanan mereka pada waktu-waktu sedemikian jika boleh, atau bersabar jika mereka perlu melakukan perjalanan semasa tempoh sedemikian, kata beliau.



Encik Shanmugam juga menyatakan bahawa para pemandu yang tidak bertimbang rasa, seperti mereka yang cuba memotong barisan atau memandu di lorong yang salah, menambahkan kesesakan.



Kekangan prasarana dan tenaga kerja juga mengehadkan sejauh mana Singapura boleh membuka lebih banyak lagi kaunter imigresen, tambah beliau.



"Kita juga perlu memastikan para pegawai ICA kita mempunyai rehat yang mencukupi dan jadual kerja yang munasabah yang membolehkan mereka mengimbangi kerja dan kehidupan keluarga dan peribadi mereka," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >