Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PENENTUAN HARGA DAN KOS PEMBANGUNAN FLAT BTO

Majoriti pembeli flat baru guna kurang 25% pendapatan bulanan bagi bayar pinjaman HDB

Dec 08, 2022 | 05:45 AM



SERAMAI 90 peratus daripada pembeli flat baru di estet bukan matang dan lebih 80 peratus daripada pembeli flat di estet matang dalam enam bulan pertama tahun ini menggunakan kurang 25 peratus pendapatan bulanan mereka untuk membayar ansuran pinjaman rumah Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).



Demikian menurut HDB dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kelmarin. Data ini merujuk kepada mereka yang telah mengambil kunci dalam enam bulan pertama tahun ini.



Ini juga bermakna pembeli flat mempunyai Nisbah Ansuran Pinjaman (MSR) sebanyak 25 peratus atau kurang.



MSR merujuk kepada nisbah pendapatan bulanan yang digunakan untuk membayar ansuran gadai janji.



Penanda aras antarabangsa bagi MSR adalah pada kadar 30 peratus hingga 35 peratus.



Dalam memastikan harga HDB mampu milik, HDB melihat kepada pendapatan isi rumah keluarga dan membandingkannya dengan pelbagai jenis flat serta harga jualan yang ditawarkan di setiap pelancaran tapak Bina Ikut Tempah (BTO).



Antara lain, pendekatan harga flat HDB dan kos juga disediakan kepada orang ramai, tidak seperti pemaju hartanah privet, kata HDB.



Menurut HDB, kos binaan bagi setiap projek BTO tersedia secara awam.



Ini kerana harga kontrak yang diberikan diterbitkan di HDB InfoWeb dan portal pemerolehan Pemerintah GeBiz.



HDB menerbitkan kos binaan flat dan hasil penjualan flat dalam laporan tahunan, sama seperti pemaju hartanah privet.



Namun, laporan HDB mencerminkan kerugian pembangunan daripada program pemilikan rumah, manakala laporan tahunan pemaju hartanah privet kebanyakannya menunjukkan keuntungan, kata HDB.



HDB mencatatkan rekod defisit $4.367 bilion dalam tahun kewangan terkini, di mana $3.85 bilion disebabkan oleh program pemilikan rumah.



Defisit yang besar menunjukkan komitmen HDB terhadap perumahan awam yang mampu dimiliki, mudah diperolehi dan termasuk dalam nilai sebenar, katanya.



Maklumat yang HDB keluarkan menunjukkan bagaimana HDB memastikan kemampuan harga bagi pembeli flat.



Harga ini jelas menunjukkan bahawa setiap projek BTO berharga jauh lebih rendah berbanding flat jualan semula, disebabkan subsidi tinggi yang diberikan.



Projek-projek bagi urusan penjualan November 2022 dan harga flat jualan semula yang diurusniagakan di sekitar setiap projek boleh diperolehi di InfoWeb HDB.



"Di samping itu, kami sediakan maklumat berkaitan harga yang relevan untuk pelbagai jenis keluarga.



"Pada setiap pelancaran BTO, kami sediakan ilustrasi yang telah diusahakan untuk menunjukkan bagaimana pembeli rumah pendapatan keluarga yang berlainan mampu membeli jenis flat yang berbeza.



"Kami juga mengira nilai setara mereka untuk membantu para pembeli rumah memilih flat yang paling sesuai dengan belanjawan dan keperluan mereka.



"Ini adalah bagaimana kita memastikan kemampuan dari segi sebenar untuk pembeli flat HDB, dengan belanjawan dan keperluan yang berbeza," kata HDB.



HDB menambah bahawa maklumat demikian tidak disediakan untuk projek pembangunan privet.



Bulan lalu, sebanyak 9,655 unit flat BTO telah dilancarkan HDB untuk dijual.



Ini adalah tawaran penjualan terbesar sejak sistem itu mula dilaksanakan pada 2002.



Unit-unit tersebut meliputi 10 projek perumahan dalam lima estet matang dan bukan matang - Kallang Whampoa, Queenstown, Bukit Batok, Tengah, dan Yishun, dengan sekitar 60 peratus (5,861 unit) ditawarkan di estet bukan matang.



Ini membentuk hampir separuh bilangan flat yang ditawarkan di estet bukan matang pada keseluruhan 2022.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >