Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majoriti pemegang saham SPH sokong usul pindah niaga media

Sep 11, 2021 | 05:30 AM



MAJORITI pemegang saham kumpulan media Singapore Press Holdings Ltd (SPH) telah memberi sokongan padu dan mengundi untuk memindahkan semua perniagaan media syarikat itu ke sebuah syarikat awam berhad yang dijamin (CLG).



Mereka juga telah mengundi untuk resolusi kedua, iaitu perubahan setiap saham pengurusan dipegang oleh pemegang saham pengurusan kepada satu saham biasa serta pelaksanaan perlembagaan baru.



Sebanyak 97.55 peratus pemegang saham telah mengundi dan bersetuju dengan pemindahan perniagaan media SPH ke CLG - yang dinamakan SPH Media Trust - dengan bayaran nominal dalam mesyuarat agung khas (EGM) yang diadakan secara maya semalam.



Sehingga 97.48 peratus pemegang saham mengundi dan menyokong resolusi kedua.



Sekitar 369 juta undian telah dibuang dalam mesyuarat yang diterajui Pengerusi SPH, Dr Lee Boon Yang; ketua pegawai eksekutif, Encik Ng Yat Chung serta ketua pegawai kewangan, Encik Chua Hwee Song.



Ini merupakan langkah pertama dalam penyusunan semula strategik SPH, yang menerbitkan akhbar seperti Berita Harian dan The Straits Times.



Ia diharap bakal merintis jalan kepada penswastaannya dan penjualan baki perniagaan SPH yang tersenarai kepada Keppel Corp dalam urus niaga bernilai $3.4 bilion.



Pemegang saham kemudian bakal mengundi untuk pemerolehan Keppel yang disarankan itu pada tarikh lebih lewat nanti.



Bercakap selepas mengumumkan hasil undian itu, Dr Lee melahirkan terima kasih kepada semua pemegang saham di atas sokongan mereka bagi penyusunan semula besar-besaran SPH.



Beliau turut merakamkan penghargaan kepada rakan kerja media di atas sokongan kukuh dan pemahaman mereka.



"SPH Media kini akan memulakan asas kukuh untuk mencipta masa depan baru untuk bidang kewartawanan di Singapura.



"Apabila penyusunan semula ini selesai sekitar Disember nanti, anda akan menulis lembaran baru dalam sejarah yang lama dan terbilang.



"Saya amat yakin yang anda akan berjaya dalam misi anda untuk menyediakan khidmat dan kandungan media yang terbaik untuk pembaca dalam dan luar negara," ujar Dr Lee.



Dalam ucapan pembukaannya, Dr Lee menekankan pihak lembaga telah mengambil semakan strategik terhadap perniagaan SPH dengan menimbangkan pelbagai pilihan bagi memaksimumkan nilai pemegang saham dan bagi memastikan masa depan yang mapan untuk perniagaan media.



Sementara itu dalam kenyataan medianya, Encik Khaw Boon Wan, pengerusi dilantik SPH Media Trust, menyambut baik keputusan pemegang saham SPH memandangkan model perniagaan sekarang tidak mampan.



"Mengeluarkan perniagaan media dari penyenaraian hanyalah langkah pertama, tetapi langkah yang penting.



"Sebagai sebuah CLG, kami akan melakukan terbaik untuk menjalankan misi menyediakan kewartawanan yang bermutu untuk warga Singapura.



"Kami mahukan mutu bermutu tinggi yang relevan untuk pembaca kami dan membantu mereka memahami dunia," ujar Encik Khaw, yang merupakan mantan Menteri Pengangkutan dan Kesihatan.



Tambahnya, banyak usaha yang perlu dilakukan CLG itu bagi menjamin masa depan SPH Media.



"Tetapi akan masih ada tempoh peralihan sebelum SPH yang tersenarai menyerahkan kuasa kepada CLG.



"Saya berharap peralihan ini tidak terlalu lama, agar kami dapat memulakan kerja tidak lama lagi," jelas Encik Khaw.



Di bawah penyusunan semula itu, kesemua perniagaan berkaitan media di SPH termasuk anak syarikat yang relevan, pekerja, bangunan News Centre dan Print Centre serta aset teknologi maklumat (IT) akan dipindahkan ke CLG.



Selepas SPH dipindahkan kepada CLG, SPH tidak akan lagi tertakluk kepada pemegang saham dan sekatan di bawah Akta Suratkhabar dan Mesin Cetak (NPPA).



SPH akan memberi bantuan kewangan awal $80 juta dalam bentuk tunai dan $30 juta dalam bentuk saham kepada CLG baru itu.



Awal dari ini, ia mengumumkan bahawa mantan Ketua Editor Kumpulan Media Inggeris/Melayu/Tamil SPH dan Timbalan CEO SPH Patrick Daniel dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) sementara.



Saham SPH ditutup pada harga $1.94 pada Khamis, sebelum perdagangan digantung pagi semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >