Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Majoriti penduduk dan pelawat sebuah blok di Hougang negatif Covid-19

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Majoriti penduduk dan pelawat sebuah blok di Hougang negatif Covid-19

Jun 06, 2021 | 09:55 PM

Sebahagian besar penduduk di Blok 506 Hougang Avenue 8 dan kakitangan bekerja di kedai di blok-blok berdekatan telah didapati negatif Covid-19, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH) pada Ahad (6 Jun). 

Daripada 1,413 penduduk dan pekerja yang menjalani ujian swab, 1,396 orang didapati negatif manakala 17 hasil ujian masih belum diterima. 

Para pekerja yang diuji itu bekerja di Blok 511 Hougang Avenue 10; 681, 683 dan 684 Hougang Avenue 8; 682 Hougang Avenue 4; 685 dan 698 Hougang Street 61.

Sementara itu, 3,212 pelawat Blok 506 Hougang Avenue 8 serta penduduk dan pelawat blok berdekatan telah menjalani ujian swab.

Seramai 2,330 individu didapati negatif sementara lagi 882 hasil ujian belum diterima.

Blok yang berhampiran adalah blok 511 Hougang Avenue 10; 681, 683 dan 684 Hougang Avenue 8; 682 Hougang Avenue 4; 685 dan 698 Hougang Street 61.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3