MESKIPUN 81 peratus penduduk Singapura takut akan jangkitan koronavirus, hampir 35 peratus berkata mereka akan terus menghadiri acara penting sekalipun jika mereka mengalami simptom penyakit ringan pada hari itu.
Itu antara dapatan satu tinjauan yang ditugaskan oleh akhbar The Straits Times dan dijalankan oleh firma kajian pasaran Nexus Link dari 8 hingga 10 Februari, sejurus selepas Kementerian Kesihatan (MOH) meningkatkan penilaian risiko wabak koronavirus Covid-19 di negara ini kepada jingga 7 Februari lalu.