Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2019 DI KEJIRANAN

'Majulah Singapura' dendangan Ramli sentuh jiwa PM Lee

NDP
Aug 11, 2019 | 05:30 AM



GEMERSIK suara Papa Rok, Datuk Ramli Sarip, ketika mendendangkan penuh syahdu lagu kebangsaan Majulah Singapura di Padang kelmarin, menyentuh jiwa Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



Encik Lee mencoret tanda terima kasihnya buat Ramli di laman Facebooknya semalam.



"Terima kasih Ramli Sarip kerana versi Majulah Singapura anda yang membangkitkan semangat kenegaraan dan menyentuh jiwa," catatnya.



Dendangannya yang selari dengan trademark suara serak-serak basahnya sebagai legenda muzik rok di Nusantara turut mendapat pujian ramai warganet yang melampirkan pandangan mereka di laman Encik Lee.



Vijay Nair menulis:



"Beliaulah legenda dalam industri muzik. Majulah Singapura dinyanyikan oleh seorang maestro terbilang."



Julie Koh pula menambah:



"Ramli telah memberi sentuhan moden pada lagu kebangsaan Majulah Singapura. Bagi saya, pembaharuan ini amat dinanti-nantikan."



Mike Ng pula dengan penuh semangat memberi pengamatannya.



"Tempoh-tempoh sukar Singapura pada masa lalu, peluh yang mengalir dan semangat yang membara dalam diri penduduk Generasi Pengasas serta Merdeka sepanjang 54 tahun memperjuangkan penakatan Singapura dapat dikesan dalam ketulusan suara Roker Generasi Merdeka, Ramli Sarip. Terima kasih Datuk Ramli!"



Awal sebelum ini, klip video Ramli mendendangkan Majulah Singapura yang dimuatnaikkan Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, pada 1 Ogos lalu, menimbulkan perdebatan warganet.



Sedang ramai yang memuji dan tersentuh dengan versi beliau sehingga menitiskan air mata, ada juga seperti pengguna Facebook, James Butch Peter, yang lantang mengkritik.



Beliau merasakan dendangan itu terlalu menyedihkan dan kedengaran murung dan sepi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >