Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN FOTO

Makan angin lepas sempadan dibuka

Jun 20, 2022 | 05:30 AM



DENGAN pembukaan semula sempadan, ramai rakyat Singapura telah mengemas beg mereka dan berlepas pergi ke luar negara sempena musim cuti sekolah yang mereka menantikan sekian lama.



Meskipun sesetengah orang mungkin memilih pergi ke negara Eropah dan Timur Tengah, ramai turut gembira dengan merentas sempadan bagi perjalanan yang pendek.



Sejak 1 April tahun ini, semua pelancong yang divaksin Covid-19 dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah boleh memasuki Singapura dengan hanya ujian praberlepas Covid-19.



Dengan melonggarkan langkah ini, orang ramai mengambil peluang bercuti keluar negara.



Ingin mengambil angin yang segar, Cik Maria Baluyut, 36 tahun, telah merentas sempadan dan menuju ke Pulau Tengah di Mersing, Johor, Malaysia. Lebih tepat lagi, beliau bercuti di Resort Batu Batu di sana.



"Apabila sempadan dibuka semula, kami memang sudah mempunyai niat untuk merentas sempadan.



"Kami telah menunggu lebih daripada dua tahun untuk melancong.



"Dengan anak-anak yang masih kecil ketika itu, kami tidak rasa selesa untuk melancong pada awalnya, namun dengan keadaan semakin pulih, kami memilih bercuti kali ini," katanya yang merupakan seorang guru di sekolah menengah.



Menurut Cik Maria, sebelum wabak Covid-19 melanda Singapura, beliau bersama suami dan anak sulung lelakinya yang berusia empat tahun sering berjalan-jalan ke luar negara setiap tahun.



Walaupun beliau berniat memberikan pengalaman yang sama kepada anak perempuannya yang berusia dua tahun, keadaan tidak mengizinkan ketika terdapat sekatan sempadan di seluruh dunia akibat Covid-19.



Dengan kelonggaran diumumkan pada April tahun ini, Cik Maria sekeluarga tidak melepaskan peluang melancong lagi.



Di Resort Batu Batu, ibu dua anak itu bersama keluarganya melakukan pelbagai kegiatan menarik seperti snorkeling dan juga berjalan-jalan di sekeliling pulau itu.



"Malaysia mempunyai salah satu pantai yang paling indah dan kami mahu anak-anak kami menikmati alam semula jadi itu," katanya.



"Anak-anak kami terpesona dengan binatang laut jadi kami bersnorkel bersama mereka buat kali pertama, menerokai hidupan laut yang menakjubkan di pulau itu," tambahnya.



Namun, ada juga yang memilih terus meneroka Singapura semasa musim sekolah tahun ini.



Antara kegiatan yang ramai lakukan termasuk meneroka Singapura dengan basikal, berjalan-jalan di alam semula jadi atau memanjakan diri dengan penginapan di hotel berlainan di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >