Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

BUDAYA PENJAJA SINGAPURA

Makanan fusion penting dalam pemeliharaan budaya penjaja SG: Pengamat

Jul 14, 2022 | 05:30 AM



Budaya penjaja Singapura telah mendapat pengiktirafan Unesco dua tahun yang lalu. Menjelang Hari Kebangsaan, Berita Harian akan memaparkan penjaja kegemaran warga Singapura dan cerita di sebalik kejayaan mereka untuk meraikan budaya penjaja Singapura. Dalam siri kedua ini, BERITA HARIAN menemu bual dua penjaja dari Pusat Penjaja Bedok Corner yang sedang melatih anak-anak mereka mengenai perniagaan mereka dengan harapan anak mereka akan mengambil alih gerai mereka untuk meneruskan legasi mereka dan mengekalkan warisan dan makanan tradisional kepada generasi baru.



SEKITAR 40 peratus daripada 50 responden dalam tinjauan ringkas tidak menganggap makanan fusion sebagai makanan yang mereka boleh kaitkan dengan makanan penjaja.



Dapatan ini adalah hasil tinjauan ringkas meliputi pelbagai usia ke atas 50 responden yang memberi maklum balas kepada tinjauan Berita Harian (BH) baru-baru ini menyusuli laporan Selasa lalu mengenai budaya dan makanan penjaja.



Tinjauan ringkas ini bertujuan mencungkil dengan lebih mendalam pendapat orang ramai tentang definisi mereka mengenai makanan yang dikaitkan dengan makanan penjaja.



Di antara 40 peratus responden yang menganggap makanan fusion bukan makanan penjaja, hanya dua yang berumur di antara 30 tahun ke bawah.



Responden yang ingin dikenali sebagai Encik Amir Ali, 28 tahun, menyatakan bahawa definisi makanan penjaja seringkali dikaitkan dengan makanan yang lebih tradisional.



"Pada pendapat saya, makanan penjaja seringkali dikaitkan dengan makanan dan masakan tradisional, yang resepinya telah turun temurun dari datuk nenek mereka, mempunyai sejarah yang berkaitan dengan asal usulnya dan dikenali dan digemari oleh orang ramai," ujar beliau yang seringkali makan di pusat penjaja kerana ia menawarkan pelbagai jenis makanan dengan harga berpatutan.



Namun ramai pakar makanan yang ditemuduga BH menyatakan bahawa makanan fusion oleh penjaja muda adalah penting dalam pemeliharaan budaya penjaja Singapura.



Mereka juga percaya bahawa budaya penjaja adalah satu warisan hidup yang akan berubah mengikut peredaran zaman untuk sentiasa kekal relevan dan bermakna bagi rakyat Singapura.



Menurut Encik Shahrizal Salleh, yang lebih dikenali sebagai Cef Bob, makanan fusion di pusat penjaja sudah lama mempunyai kehadiran di pusat penjaja tetapi sekarang penjaja zaman baru mungkin lebih cenderung menjual makanan fusion kerana mereka mungkin mahu menjual makanan dengan keuntungan yang lebih tinggi.



"Misalnya, kuih tradisional seperti kuih seri muka mungkin paling tinggi harga yang boleh dijual ialah $1.20 dan harga ini juga akan mempunyai banyak rungutan dari para pelanggan.



"Namun, jika penjaja menjual muffin seri muka contohnya, ia boleh dijual dengan harga $3.50 ke atas dan memberi keuntungan yang lebih tinggi," kata beliau yang menyatakan bahawa pertimbangan juga mesti diberikan dari perspektif perniagaan untuk mengekalkan budaya penjaja.



Menurut Chef Eksekutif bagi kumpulan Coriander Leaf group, Encik Iskander Latiff, makanan tradisional di Singapura juga kadangkala berasal dari gabungan makanan dari beberapa tradisi.



"Mengambil contoh makanan yang seringkali dikaitkan dengan makanan penjaja: Mee Goreng dari gerai India di Singapura. Dalam sejarah India ia tidak mempunyai mee sebagai makanan tradisional mereka dan ia besar kemungkinan berasal di Singapura apabila ia digabungkan dengan masakan tradisional dari negara China 50 tahun yang lalu apabila peniaga dari negara China memperkenalkan mee kepada pedagang rempah dari India di Singapura," ujar beliau.



Seorang jurucakap Lembaga Warisan Negara (NHB) dalam satu respon kepada Berita Harian menyatakan bahawa budaya penjaja dan warisan makanan Singapura juga telah berkembang mengikut peredaran zaman.



"Budaya penjaja dan warisan makanan di Singapura mencerminkan "warisan hidup" dan ia akan terus berkembang dan berubah mengikut peredaran masa untuk kekal relevan dan bermakna bagi warga Singapura.



"Oleh itu, budaya penjaja akan sentiasa menggabungkan warisan makanan tradisional dan pengaruh dari generasi masa hadapan dan ini membolehkannya memenuhi keperluan pelbagai generasi," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >