Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Makin ramai Melayu di kondo, begitu juga di flat satu dan dua bilik

Jun 19, 2021 | 05:30 AM



JUMLAH penduduk Melayu yang menetap di kondominium telah meningkat kepada 3 peratus pada tahun lalu, berbanding 2 peratus pada 2010.



Namun bilangan isi rumah Melayu yang tinggal di flat satu dan dua bilik turut melonjak, kepada 16 peratus daripada 8.7 peratus.



Secara keseluruhan, jumlah isi keluarga penduduk Singapura yang menetap di kondominium dan apartmen lain telah bertambah daripada 11.5 peratus pada 2010, kepada 16 peratus pada 2020.



Menurut laporan bahagian kedua Banci Penduduk 2020 oleh Jabatan Statistik Singapura (DOS) semalam, sebahagian besar penduduk - atau 78.7 peratus - tinggal di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).



Ini merupakan penurunan berbanding 82.4 peratus pada 2010.



Daripada jumlah tersebut, hampir sepertiga tinggal di flat empat bilik, sekali gus menjadikan ia jenis kediaman paling lazim di Singapura selama sedekad lalu.



Laporan itu mendapati trend tersebut diperhatikan pada semua kumpulan kaum.



Bagi isi keluarga Melayu, majoriti lebih besar atau 96.2 peratus menetap di flat HDB pada tahun lalu - agak stabil berbanding 96.9 peratus pada 2010.



Jumlah keseluruhan isi keluarga penduduk yang tinggal di hartanah berhalaman kekal pada sekitar 5 peratus bagi 10 tahun lalu, menurut laporan itu.



Tahun lalu, jumlah isi keluarga Melayu yang menetap di hartanah berhalaman adalah 0.7 peratus berbanding 5.6 peratus bagi keluarga Cina dan 3.9 peratus bagi keluarga India.



Dapatan juga menunjukkan bahawa jumlah keseluruhan isi keluarga yang didiami oleh pemilik kekal tinggi - dengan hampir 9 daripada 10 atau 87.9 peratus isi keluarga, pada 2020. Ini naik sedikit berbanding 87.2 peratus pada 2010.



Menurut laporan itu, terdapat lebih ramai isi keluarga Cina tinggal dalam rumah yang dimiliki iaitu 89.6 peratus berbanding isi keluarga Melayu (85.6 peratus) dan India (82.2 peratus).



Sementara itu, jumlah isi keluarga yang menyewa rumah dalam kalangan keluarga Melayu meningkat lebih empat peratusan mata kepada 14 peratus.



Secara keseluruhan, terdapat 1.37 juta isi keluarga penduduk pada 2020 - lebih tinggi berbanding 1.15 juta pada 2010 apabila kali terakhir laporan itu dilakukan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >